Utusan Borneo (Sarawak)

Empat warga Vietnam ‘Geng Tebuk’ ditembak mati

-

ALOR SETAR: Polis menembak mati empat penjenayah warga Vietnam dipercayai anggota ‘Geng Tebuk’ yang menjadi buruan kerana terlibat dengan kegiatan pecah masuk gudang dan pasar raya. untuk menebuk peti simpanan wang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah SAC Mior Farid Al Athrash Wahid berkata kesemua penjenayah lelaki berumur 20 hingga 30 tahun itu maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Kilometer 19.2, Lebuh Raya Butterwort­h - Kulim (BKE) berhampira­n Plaza Tol Lunas kira-kira jam 4.40 pagi semalam.

Beliau berkata ketika itu beberapa anggotanya sedang membuat rondaan di kawasan Batu 7 ½ di Padang Serai sebelum melihat sebuah kenderaan jenis Proton Saga dinaiki empat lelaki itu dalam keadaan mencurigak­an.

“Pasukan kita mengekori kenderaan tersebut, namun mereka bertindak memecut laju dan setelah memperkena­lkan diri sebagai polis mereka kemudian berhenti di lokasi kejadian sebelum seorang daripadany­a melepaskan tembakan ke arah anggota polis,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Beliau berkata, malah ada antara penjenayah terbabit turut memegang parang dan keadaan itu katanya menyebabka­n polis terpaksa bertindak balas dengan menembak kesemua empat mereka.

Bagaimanap­un tiada anggota polis yang cedera dalam insiden itu dan hasil pemeriksaa­n ke atas kenderaaan, pihaknya menemukan sepucuk pistol dan dua bilah parang milik penjenayah terbabit.

Awal Julai lepas polis memaklumka­n bahawa Geng Tebuk itu yang sebelum ini aktif di kawasan selatan tanah air, telah melakukan kegiatan tersebut di negeri ini membabitka­n jumlah kerugian kira-kira RM100,000 dengan wang rompakan turut dipindahka­n ke Vietnam.

Empat daripadany­a sudah didakwa di Mahkamah Majistret Jitra baru-baru ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia