Utusan Borneo (Sarawak)

Merdeka: Rakyat Malaysia tetap yakin terhadap masa depan negara

-

KUALA LUMPUR: Ketika negara menyambut Hari Kemerdekaa­n ke-61 hari ini, rakyat Malaysia dari segenap lapisan kehidupan, umur dan bangsa berkongsi satu perkara yang serupa iaitu mereka sentiasa berbangga menjadi anak Malaysia dan mempunyai keyakinan tinggi terhadap masa depan negara.

Kajian berkala mengenai ‘Merdeka’ dan isu semasa yang dijalankan oleh Profesor Datuk Seri Syed Arabi Idid dari Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) pada tahun ini mendapati kira-kira 95 peratus responden sentiasa bangga menjadi rakyat Malaysia, tahap yang sama dicatatkan apabila kajian itu bermula 2009.

“Kebanggaan menjadi rakyat Malaysia merentasi kaum, umur dan tahap pendidikan dan perasaan yang sama tutut dirasai oleh kepada rakyat di Sabah dan Sarawak,” kata Syed Arabi.

Mengenai masa depan Malaysia, semua kaum menunjukka­n keyajkinan yang lebih tinggi (melebihi 80 peratus) dalam tempoh pengajian dari Jun hingga Ogos tahun ini berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2017 (kira-kira 70 peratus).

“Bagaimanap­un, kumpulan usia pertengaha­n (36-50 tahun) dan golongan muda (21-35 tahun) lah yang menyatakan keyakinan tertinggi dengan kedua-dua kumpulan itu yang paling diharapkan dari kerajaan baharu dalam meneraju masa depan negara,” katanya kepada Bernama sambil menambah tidak banyak perubahan dalam kumpulan yang lebih berusia (51 dan ke atas).

Kajian Syed Arabi diselarask­an oleh Azrul Hisyam Wakichan dan melibatkan 1,500 responden di seluruh negara yang mengambil bahagian dalam wawancara bersemuka. Responden dipilih berdasar- kan kepadatan populasi, komposisi kaum, latar belakang pendidikan yang berbeza, kumpulan umur, jantina dan lokasi.

Memandangk­an i ni merupakan pertama kali negara akan meraikan Merdeka di bawah kerajaan baharu selepas Barisan Nasional (BN) yang memerintah sejak kemerdekaa­n tumbang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan Pakatan Harapan ( PH) mengambil alih kerajaan, Syed Arabi juga mengkaji sentimen semasa ke atas kerajaan baharu dari Mei hingga Ogos.

“Apabila ditanya parti mana responden akan undi jika pilihan raya diadakan esok, lebih separuh menjawab Pakatan Harapan (PH),” kata Syed Arabi yang juga Ketua Unit Penyelidik­an Pengajian Pemilihan.

Beliau menegaskan pada Mei tahun ini kajian mendapati hanya 50 peratus daripada responden menunjukka­n PH sebagai pilihan mereka tetapi apabila ditanya sekali lagi pada bulan Ogos 2018, jumlah itu naik sebanyak 5 peratus. Dari segi populariti PH masih perlu meliputi lebih banyak sokongan akar umbi di kalangan orang Melayu memandanga­n sokongan bangsa itu terhadap PH meningkat dari 40 hingga 42 peratus sahaja dalam tempoh tersebut.

Sebanyak 62 peratus daripada responden menyatakan, berpuas hati dengan kerajaan baharu manakala yang palng berpuas hati iaitu Cina (74 peratus) dan India (65 peratus) yang paling berpuas hati dengan orang Melayu yang menyatakan paling kurang (52 peratus). Menariknya usia pertengaha­n dan kumpulan umur yang lebih tua kelihatan lebih berpuas hati berbanding kumpulan muda yang mungkin mempunyai jangkaan yang sangat tinggi, kata Syed Arabi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PATRIOTIK: Hampir 200 murid dan guru Sekolah Kebangsaan Dewan Beta mengelilin­gi kampung berdekatan sejauh dua kilometer dengan membawa Jalur Gemilang pada Majlis Pelancaran Jalur Gemilang Sepanjang 61 Meter Hasil Buatan Tangan Murid-Murid Program Pendidikan Khas Integrasi sekolah semalam.
— Gambar Bernama PATRIOTIK: Hampir 200 murid dan guru Sekolah Kebangsaan Dewan Beta mengelilin­gi kampung berdekatan sejauh dua kilometer dengan membawa Jalur Gemilang pada Majlis Pelancaran Jalur Gemilang Sepanjang 61 Meter Hasil Buatan Tangan Murid-Murid Program Pendidikan Khas Integrasi sekolah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia