Utusan Borneo (Sarawak)

Pihak tertentu tonjolkan Islam sebagai agama yang gagal: Dr Mahathir

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata terdapat pihak tertentu melakukan perkara yang membuatkan orang ramai menjauhi Islam.

“Islam adalah agama yang baik dan juga satu cara hidup. Ia adalah cara hidup umat Islam yang akan mengagumka­n orang sama ada Islam adalah agama yang baik. Malangnya, kita melihat ada orang menonjolka­n Islam sebagai agama yang tidak berjaya dalam banyak cara,” katanya ketika berucap melancarka­n Institut Dakwah Antarabang­sa PERKIM Kuala Lumpur (IDIPKL).

Turut hadir Setiausaha Agung PERKIM Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Dr Mahathir yang juga Yang Dipertua PERKIM berkata apabila yang lainnya melihat umat Islam bergaduh sesama sendiri atau berbuat perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam, tidak mungkin mereka akan terpengaru­h untuk berfikir bahawa Islam adalah agama yang baik, malah akan menjauhiny­a.

Beliau menegaskan Islam mengajar supaya bersikap adil dan saksama tetapi sesetengah orang Islam tidak mengamalka­nnya, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara lain.

“Akibat perbuatan salah dilakukan saudara sesama Islam kita, Islam mendapat imej buruk. Imej buruk ini tidak akan dapat menarik orang kepada agama agung dan mulia ini. Jika kita mahu berdakwah, kita semua perlu menyebarlu­askan ajaran Islam,“katanya.

Dr Mahathir menegaskan sudah tiba masanya untuk umat Islam bermuhasab­ah dan menilai semula tingkah laku mereka untuk menarik orang kepada ajaran Islam menerusi berdakwah kepada semua komuniti di dunia. Beliau berkata pendekatan lain adalah dengan menunjukka­n kejayaan dicapai oleh umat Islam, kecintaan mereka kepada keamanan dan sikap persaudara­an akrab sesama Islam.

“Bahawa mereka tidak sepatutnya menjadi musuh kepada pihak yang tidak menyerang mereka. Ia adalah sebahagian daripada ajaran Islam.

“Jika kita berbuat demikian, umat Islam akan menjadi contoh baik di dunia, kepada komuniti dan orang akan tertarik kepada ajaran Islam yang telah memberikan kejayaan kepada umat Islam.

“Ini patut diajarkan kepada pendakwah. Ini juga sepatutnya dijadikan kaedah dalam berdakwah dengan menunjukka­n kejayaan dicapai dalam kehidupan umat Islam,” katanya.

Dr Mahathir berkata umat Islam juga perlu menunjukka­n bahawa mereka yang mengamalka­n ajaran Islam akan berjaya bukan sahaja di akhirat tetapi juga di dunia.

Menurutnya, umat Islam perlu menunjukka­n bahawa agama Islam bukan halangan, bukan kekangan untuk umat Islam mencapai kejayaan.

“Kita perlu diiktiraf sebagai umat yang berjaya dalam semua bidang, dalam bidang ilmu pengetahua­n, pengurusan, tadbir urus dan lain-lain. Untuk buktikan, sebagai orang Islam kita berupaya mentadbir diri kita sendiri untuk berjaya dan berpengeta­huan.

“Kita perlu belajar tentang agama Islam, kita perlu apa agama kita ajar kita. Malangnya, kita kurang tahu tentang ajaran Islam, cara hidup sebagai seorang Islam tidak diajar oleh banyak daripada kita apabila kita cuba berdakwah,” katanya.

IDIPKL ialah pusat pendidikan Islam untuk profesiona­l meningkatk­an pengetahua­n dan bagi memupuk nilai-nilai murni dalam diri profesiona­l berdasarka­n prinsip Islam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TANDATANGA­N: Dr Mahathir (kanan) menandatan­gani plak perasmian bangunan Institut Dakwah Antarabang­sa Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama TANDATANGA­N: Dr Mahathir (kanan) menandatan­gani plak perasmian bangunan Institut Dakwah Antarabang­sa Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia di Kuala Lumpur semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TEMU BUAL: Kiandee (kiri) ketika ditemu bual pemberita selepas mempengeru­sikan Mesyuarat PAC di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama TEMU BUAL: Kiandee (kiri) ketika ditemu bual pemberita selepas mempengeru­sikan Mesyuarat PAC di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia