Utusan Borneo (Sarawak)

SST: K’jaan pastikan pemaju tidak naikkan harga rumah Penurunan harga diharap dapat bantu golongan B40 miliki rumah

-

PETALING JAYA: Pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) yang berkuat kuasa pada 1 Sept akan mengurangk­an harga bahan binaan, selanjutny­a menjadi antara mekanisme yang dapat menurunkan harga rumah di negara ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin berkata penurunan harga itu diharapkan dapat membantu golongan B40 untuk memiliki rumah mampu milik.

Sehubungan itu, katanya kerajaan akan berusaha memastikan tiada pihak mengambil kesempatan untuk sewenang- wenangnya menaikkan harga rumah berdasarka­n kos-kos yang tidak munasabah.

“Jika hendak diikutkan selepas pelaksanaa­n SST harga bahan binaan akan mengalami penurunan. Tetapi daripada segi harga jualan untuk setiap unit rumah itu turut dipengaruh­i oleh faktor lain seperti harga tanah dan perbelanja­an pengurusan.

“Saya tidak dapat jamin berapa peratus penurunan harga rumah selepas SST

Jika hendak diikutkan selepas pelaksanaa­n SST harga bahan binaan akan mengalami penurunan. Tetapi daripada segi harga jualan untuk setiap unit rumah itu turut dipengaruh­i oleh faktor lain seperti harga tanah dan perbelanja­an pengurusan.

nanti, tetapi jika bahan binaan sudah berkurang kita akan bekerjasam­a dengan REHDA (Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia) serta pihak berwajib untuk memastikan tidak berlaku kenaikan harga rumah oleh pemaju,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Zuraida berkata demikian selepas majlis perasmian Hub Pemberdaya­an Wanita Zuraida Kamaruddin yang berperanan sebagai platform latihan dan seminar bagi memperkasa golongan wanita oleh Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Masdiana Muhamad.

Dalam perkembang­an lain, Zuraida berkata KPKT akan memperketa­t dan memperkema­s polisi pemilikan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin ( PPRT) bagi menangani isu pengutipan sewa haram di blok kediaman PPRT yang terbabit.

Sehubungan itu, Zuraida menggesa penghuni khususnya di PPRT Lembah Subang 1 di sini, membuat laporan polis berhubung dakwaan kegiatan penyewaan haram yang berlaku kawasan kediaman mereka.

“Bila berlaku kes sebegini, haruslah dibuat laporan polis untuk membantu kementeria­n mengambil tindakan sewajarnya ke atas dalang ‘penceroboh­an’ serta penduduk warga asing yang menyewa di PPRT berkenaan.

“Sebanyak 107 unit rumah PPRT Lembah Subang 1 masih kosong ketika ini, dan didapati 837 unit rumah terbabit diduduki ( oleh) bukan pemilik sebenar. Kita akan membuat penyelaras­an bagi memastikan semua unit kosong akan dihuni oleh pemohon yang sudah lama menunggu,” katanya.

Zuraida turut memberi amaran tindakan tegas seperti pengusiran, penalti serta merampas semula hak pemilikan akan dikuatkuas­akan mulai 1 Okt sekiranya penyewa gagal mematuhi syarat ditetapkan.

KPKT ketika ini masih menunggu laporan penuh membabitka­n semua PPRT di negara ini untuk mengetahui status sebenar sekiranya terdapat kes seumpamany­a, katanya. — Bernama

Zuraida Kamaruddin Menteri KPKT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia