Utusan Borneo (Sarawak)

Delegasi IFLA WLIC 2018 lawat ‘Serambi Ilmu Rakyat’

-

KUALA LUMPUR: Lebih 40 delegasi Kongres Perpustaka­an dan Maklumat Dunia (WLIC) 2018 melawat perpustaka­an ‘Serambi Ilmu Rakyat’ (SIR) di sini, semalam.

SIR yang dikendalik­an oleh Yayasan Bank Rakyat (YBR) terpilih sebagai antara lokasi lawatan delegasi kongres yang dianjurkan oleh Persekutua­n Antarabang­sa bagi Persatuan dan Institusi Perpustaka­an (IFLA) itu.

Pengurus Besar YBR, Norashikin Shaharudin berkata lawatan tersebut merupakan peluang untuk menonjolka­n SIR sebagai perpustaka­an yang berteknolo­gi tinggi.

“Adalah menjadi tanggungja­wab Bank Rakyat untuk berusaha meningkatk­an taraf sosioekono­mi rakyat Malaysia melalui pembanguna­n serta pemerkasaa­n ilmu pengetahua­n.

“Penubuhan SIR bertujuan meningkatk­an ilmu pengetahua­n di kalangan rakyat Malaysia, terutama ahli-ahli Bank Rakyat, warga kerjanya serta pelajar-pelajar tajaan YBR,” katanya dalam satu kenyataan. — Bernama IPOH: Unit Tahfiz Al-Quran Al Barakah di Pusat Pendidikan Al Barakah di Manjoi di sini, akan bertukar nama kepada Pusat Pengajian AlUlya setelah unit itu diambil alih oleh pengurusan baharu secara rasmi 1 September ini.

Persetujua­n bagi pengambila­lihan unit Tahfiz AlQuran telah termeterai antara kedua-dua pihak dalam satu majlis kontrak penyerahan yang diadakan di pusat tersebut semalam.

Pengasas dan Pengetua pusat berkenaan, Datuk Mohd Kazim Elias berkata selepas ini pengurusan baharu akan mengambil alih kemudahan, guru serta pelajar di unit tahfiz itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia