Utusan Borneo (Sarawak)

Dengan 141 penampilan bersama Uncle Sam, pemain AS tunggal menjaringk­an gol di tiga edisi Piala Dunia

-

SEATTLE, Amerika Syarikat ( AS): Clint Dempsey mengumumka­n persaraan sebagai pemain bola sepak profesiona­l.

Pemain berusia 35 tahun dan kelabnya, Seattle Sonders, membuat pengumuman bersama itu Rabu lepas.

Dempsey akan bersara sebagai salah seorang legenda sukan di AS dan satu- satu pemain AS yang menjaringk­an gol di tiga edisi Piala Dunia ( 2006, 2010 dan 2014).

S e l e p a s m e m b u a t penampilan pertama pada November 2004 pada musim pertama memberangs­angkan bersama New England Revolution, Dempsey kemudian membuat 141 penampilan untuk AS, senarai ketiga paling banyak dalam sejarah dan berkongsi selaku penjaring terbanyak AS bersama- sama Landon Donovan dengan 57 gol.

Beliau juga dipilih sebagai Atlet Terbaik Lelaki oleh Bola Sepak AS sebanyak tiga kali.

“Selepas berfikir semasak- masaknya, saya dan keluarga saya membuat keputusan di mana ia adalah masa yang tepat untuk meninggalk­an sukan ini,” kata Dempsey.

“Saya mahu berterima kasih kepada semua rakan sepasukan, para jurulatih dan kakitangan sokongan di mana saya bekerja sepanjang karier saya. Ia sentiasa impian saya untuk menjadi pemain profesiona­l. Saya menghargai pengalaman ini.

“Saya juga mahu mengucapka­n terima kasih kepada peminat yang menyokong sepanjang karier sama ketika bersama- sama New England Revolution, Fulham, Tottenham Hotspur, Seattle Sounders dan pasukan kebangsaan AS.

“Anda semua sentiasa menjadikan saya berasa selesa dan ia adalah sesuatu yang akan sentiasa saya ingati.”

Selepas memenangi gelaran Pemain Muda Terbaik dalam Liga Bola Sepak Utama ( MLS) bersama New England Revolution, membantu kelab melangkah ke final Piala MLS sebanyak dua kali berturut- turut, Dempsey mencipta nama di Eropah apabila bermain untuk kelab Fulham dan Tottenham Hotspur.

Pada enam musim di Fulham, beliau menjaringk­an 60 gol dan 18 umpanan gol, memenangi anugerah Pemain Terbaik Kelab sebanyak dua kali dan mencipta rekod gol kelab dalam Liga Perdana Inggeris untuk satu musim dan kariernya.

17 gol liga beliau sudah cukup membantu Fulham menamatkan saingan Liga Per- dana Inggeris pada m u s i m 2011/2012 di tangga keempat. S e m a s a di Fulham, beliau juga membantu kelab mel a n g k a h k e f i n a l L i g a E u r o p a di mana beliau ada menjaringk­an gol untuk memastikan kebangkita­n pasukannya ketika menewaskan Juventus di pusingan kedua.

Walaupun bermula di bangku simpanan di final, beliau membuat penampilan pada minit ke- 55 dan menjadi pe- main AS pertama beraksi di final Liga Juara- Juara.

Pada satu musim bersama Spurs, beliau menjaringk­an 12 gol dari 43 penampilan dalam semua pertanding­an, menjaringk­an tujuh gol dalam Liga Perdana Inggeris termasuk gol kemenangan Spurs ke atas Manchester United di Old Trafford.

Tawaran lumayan menyaksika­n beliau kembali ke MLS bersama Seattle Sounders pada musim panas 2013.

Dalam l i ma musim bersama Sounders, bel i au mem- bantu kelab m e - m e - nang i P i - a l a Perisai Penyokong, Piala Terbuka AS dan Piala MLS pada 2016, walaupun musim beliau terjejas dengan masalah degupan jantung dan beliau tidak beraksi pada lewat musim dan juga perlawanan playoff. Beliau kembali untuk sepanjang tahun 2017 dan membantu kelab memenangi kejuaraan Western Conference dan penampilan kedua berturut- turut di final Piala MLS tetapi tewas kepada Toronto FC. Musim 2018 adalah paling hambar dalam karier beliau dan ketika Sounders sekali lagi b e r s a i n g kuat dalam liga, Dempsey bermula hambar apabila hanya menjaringk­an satu gol dalam liga dan dua gol dalam semua pertanding­an dengan kecede r a a n t e r u s menyelubun­ginya. Beliau meninggalk­an Seattle sebagai penjaring terbanyak bersama kelab dalam liga dengan menjaringk­an 47 gol, berkongsi rekod dengan Fredy Montero. — Reuters

Selepas berfikir semasak-masaknya, saya dan keluarga saya membuat keputusan di mana ia adalah masa yang tepat untuk meninggalk­an sukan ini. Clint Dempsey Bekas pemain AS

 ??  ?? DEMPSEY
DEMPSEY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia