Utusan Borneo (Sarawak)

Benfica, PSV, Red Star sahkan slot ke pusingan pertama Liga Juara-Juara

-

PARIS, Perancis: Bekas juara Eropah, Benfica, PSV Eindhoven dan Red Star Belgrade mengesahka­n tempat ke pusingan pertama Liga Juara-Juara Rabu lepas.

Benfica, juara Eropah pada 1961 dan 1962 dan naib juara sebanyak lima kali, menewaskan PAOK Salonika dari Greece 4-1 di gelanggang lawan selepas seri 1-1 pada perlawanan pertama.

PSV, yang menewaskan Benfica di final 1988, menewaskan BATE Borisov dari Belarus 3-0 untuk agregat 6-2.

Red Star, juara 1991, memerlukan gol penyamaan lewat selepas bangkit dari ketinggala­n 0-2 untuk seri 2-2 di Salzburg dari Austria dan mengesahka­n tempat dengan peraturan gol di tempat lawan selepas seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama.

Benfica membuat penampilan kesembilan berturuttu­rut di pusingan pertama selepas menewaskan PAOK, yang membuka jaringan awal menerusi gol Aleksandar Prijovic.

Kapten pasukan, Jardel, menyamakan kedudukan sebelum Eduardo Salvio meletakkan Benfica di hadapan dari satu tendangan penalti minit ke-26.

Pizzi menjadikan kedudukan 3-1 sebelum rehat dengan Salvio melengkapk­an jaringan dari satu lagi tenadngan penalti pada lewat permainan.

PSV, yang dibimbing bekas bintang bola sepak Belanda, Mark van Bommel, layak dengan gol dari Steven Bergwijn dan Luuk de Jong pada separuh masa pertama sebelum Hirving Lozano melengkapk­an jaringan.

Salzburg harus menyalahka­n diri mereka sendiri kerana mensia-siakan pendahulua­n 2-0 menerusi dua gol Munas Dabbur.

El Fardou Ben Nabouhane menjaringk­an dua gol dalam beberapa minit dalam separuh masa kedua untuk memastikan Red Star melangkah ke pusingan pertama kejohanan Eropah sejak tahun di mana mereka memenangin­ya.

Bagi Salzburg, ia adalah kegagalan ke-13 mereka untuk ke Liga Juara-Juara semenjak musim 1994/1995. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TEPAT KE SASARAN: De Jong (kanan) menanduk masuk bola sebelum menjaringk­an gol kedua PSV pada perlawanan di Eindhoven, Belanda kelmarin.
— Gambar AFP TEPAT KE SASARAN: De Jong (kanan) menanduk masuk bola sebelum menjaringk­an gol kedua PSV pada perlawanan di Eindhoven, Belanda kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia