Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad sepak takraw wanita kempunan lagi

-

PALEMBANG: Perjalanan skuad sepak takraw wanita berakhir pada peringkat kumpulan selepas gagal melayakkan diri ke saingan separuh akhir acara kuadran apabila tewas 0- 2 kepada Vietnam semalam.

Pada aksi yang berlangsun­g di Dewan Ranau, Bandar Sukan Jakabaring, anak buah Mohd Fikri Mohd Nor ternyata gagal menangkis asakan kuadran Vietnam apabila kecundang 11-21 pada set pertama.

Bersambung set kedua, pemain negara yang dibarisi Emilia Eva Natasha Saudia, Nurul Izzatul Hikmah Md Zulkifli, Rahilah Harun dan Nor Farhana Ismail cuba bangkit namun masih tidak dapat menyaingi kehebatan lawan yang akhirnya keputusan memihak Vietnam 2115.

Kekalahan itu juga menutup ruang skuad negara untuk sekurangku­rangnya meraih pingat gangsa serta masih kempunan untuk meraih pingat di Sukan Asia setelah skuad negara turut pulang hampa tanpa sebarang kutipan pingat pada penampilan sulung skuad wanita pada edisi ke-17 di Incheon, Korea Selatan pada 2014.

Mengulas mengenai kekalahan anak buahnya pada perlawanan berkenaan, Ketua Jurulatih Mohd Fikri berkata skuad negara mampu untuk mencatat kemenangan seandainya pemain negara tidak melakukan kesilapan mudah yang sekali gus dimanfaatk­an Vietnam.

“Kita mampu menyaingi Vietnam sebenarnya, tetapi pemain Vietnam mengambil kesempatan di atas kesilapan yang tidak sepatutnya kita lakukan.

Secara keseluruha­n saya melihat prestasi pemain negara meningkat pada penampilan kali ini walaupun mereka kurang mendapat pendedahan di peringkat antarabang­sa,” katanya kepada Bernama selepas perlawanan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia