Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada kilauan emas Malaysia hari ke-11

-

JAKARTA: Kontinjen Malaysia mempamerka­n aksi sederhana pada hari ke-11 Sukan Asia Jakarta- Palembang 2018 selepas gagal menambah pingat emas, sebaliknya hanya meraih tiga perak dan satu gangsa kelmarin.

Skuad silat menyumbang dua perak, masing-masing menerusi Mohd Fauzi Khalid dalam kelas Putera F (7075kg) dan Mohd Khaizul Yaacob dalam kelas Putera J (90-95kg) pada aksi di Padepokan Pencak Silat, Taman Mini Indonesia Indah.

Pasukan silat turut menyumbang gangsa tunggal menerusi gandingan Nor Hamizah Abu Hassan dan Nur Syazreen Abdul Malik dalam acara Ganda Puteri.

Pingat perak ketiga kon- tinjen negara diraih dalam acara 3m papan anjal seirama wanita menerusi gandingan Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng Yan Yeen yang mengutip 298.23 mata.

Tambahan empat pingat kelmarin menyaksika­n kontinjen negara sudah meraih empat pingat emas, 11 perak dan sembilan gangsa sejak hari pertama pertanding­an pada 19 Ogos lepas.

Untuk rekod, Malaysia sebelum ini meraih empat emas menerusi acara boling trio wanita dan Masters lelaki; skuasy individu wanita dan sepak takraw ( regu lelaki); lapan perak dalam acara ekuestrian (dressage individu), boling trio lelaki dan berpasukan wanita; sepak takraw (regu berpasukan) dan skuasy individu wanita.

Tiga lagi pingat perak hadir dalam dua acara silat, kelas Putera E (65-70kg) dan kelas Putera B ( 50- 55kg) serta berbasikal trek (pecut berpasukan lelaki).

Malaysia turut meraih lapan gangsa yang disumbangk­an atlet taekwondo, Yap Khim Wen dalam acara Poomsae individu wanita; Mohd Nafiizwan Adnan (skuasy perseorang­an lelaki) dan S. Prem Kumar (karatekumi­te bawah 60kg lelaki).

Lima lagi pingat gangsa Malaysia diperoleh dalam tiga acara silat, menerusi Mohamad Hazim Amzad dalam kelas Putera C (5560kg); Muhammad Robial Sabri dalam kelas Putera I (85-90kg) serta gandingan Mohd Taqiyuddin Hamid dan Muhamad Afifi Nordin dalam acara Ganda Putera; serta dalam acara memanah ( compound berpasukan lelaki) dan terjun (10m platform seirama wanita).

Dalam pada itu, juara bertahan China sah mengekalka­n kejuaraan keseluruha­n edisi ke-18 temasya sukan itu selepas kekal unggul menerajui carta kutipan pingat dengan 102 pingat emas, 67 perak dan 50 gangsa, diikuti Jepun ( 52- 47- 63), manakala Korea Selatan di tempat ketiga dengan pungutan 37-42-50.

Kontinjen Malaysia akan meneruskan pemburuan pingat dalam beberapa acara pada hari ke- 12 pertanding­an semalam antaranya berbasikal trek, ekuestrian dan terjun. — Bernama KOTA BHARU: Kelantan menarik nafas lega selepas lima tonggak utamanya yang sebelum ini digantung akibat kecederaan dan menerima kad merah, akan dapat beraksi menentang MISC-MIFA dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam ini.

Lima pemain tersebut Cristiano Marcolino Santos dan Muhammad Danial Haqim Draman yang digantung satu perlawanan manakala Shafiq Shahrudin, Azwan Arriffin dan Muhammad Danial Asharaf Abdullah kini pulih dari kecederaan.

Ketua Jurulatih Kelantan Yusri Che Lah berkata walaupun pasukan lawan beraksi tanpa L’Imam Seydi yang tidak boleh diturunkan atas dasar perjanjian dengan Kelantan dan Kpah Sherman akibat kad merah, namun ia bukan satu jalan mudah bagi pasukannya untuk memperoleh kejayaan walaupun bermain di tempat sendiri.

“Pemain perlu tahu perlawanan malam esok adalah penentuan bagi pasukan untuk saingan Piala Malaysia musim ini.

“Sekiranya mereka mahu ke peringkat seterusnya, mereka harus memberikan kesungguha­n, komitmen dan tumpuan sepanjang 90 minit perlawanan itu serta melaksanak­an perancanga­n yang telah dibuat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata walaupun Kelantan mendapat tonik tambahan dengan kehadiran lima pemain tonggaknya itu, namun mereka perlu sentiasa berwaspada dengan kemampuan pasukan pelawat.

“Kami pernah tewas kepada pasukan terbabit pada perlawanan pusingan pertama peringkat kumpulan awal Julai lalu dan mereka juga merupakan pasukan yang menjaringk­an gol pada setiap perlawanan pada aksi peringkat kumpulan yang lalu,” katanya.

Kelantan kini berada di kedudukan tercorot peringkat Kumpulan C selepas memperoleh empat mata hasil daripada satu kemenangan, satu seri dan dua kekalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia