Utusan Borneo (Sarawak)

Skuasy: Malaysia melangkah ke separuh akhir

-

JAKARTA: Malaysia berada di landasan tepat untuk meraih pingat dalam acara skuasy berpasukan pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 apabila kedua-dua skuad lelaki dan wanita mara ke separuh akhir acara berkenaan di Pusat Skuasy Gelora Bung Karno di sini kelmarin.

Pasukan wanita yang sudah memenangi tiga perlawanan sebelum ini, menjuarai Kumpulan A selepas menewaskan Jepun 3-0 pada perlawanan keempat pusingan awal.

Pemain nombor dua negara, S. Sivasangar­i menyumbang­kan mata pertama buat Malaysia setelah menumpaska­n Risa Sugimoto 11-3, 11-5 dan 11-9 sebelum Low Wee Wern menggandak­an kedudukan selepas mengatasi Misaki Kobayashi 11-5, 11-1 dan 11-3 pada perlawanan kedua.

Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David melengkapk­an kemenangan bergaya Malaysia apabila mengalahka­n Satomi Watanabe 11-6, 12-10 dan 11-4 pada aksi ketiga. Skuad negara akan berdepan sama ada India atau Hong Kong di peringkat separuh akhir, Jumaat ini.

Dalam kategori lelaki, skuad negara mencatat kemenangan 2-1 ke atas Qatar pada perlawanan keempat Kumpulan B untuk menempah tempat ke separuh akhir dengan kutipan 12 mata maksimum.

Malaysia yang sebelum ini mencatat tiga kemenangan pada pusingan awal, memperoleh mata pertama selepas Ivan Yuen menewaskan Hamad Al-Amri 11-6, 11-6 dan 11-4, sebelum Ng Eain Yow menyumbang­kan mata kedua dengan mengatasi Syed Azlan Amjad 11-4, 11-7 dan 11-6.

Mohd Nafiizwan Adnan, bagaimanap­un gagal meneruskan rentak kemenangan skuad negara apabila tumpas 4-11, 8-11 dan 2-11 kepada pemain terbaik Qatar, Abdulla Al Tamimi pada perlawanan ketiga.

Malaysia akan menentang India pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan, semalam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? Sebahagian atlet triathlon membuat terjunan pada sesi latihan sempena acara triathlon Sukan Asia 2018 di Danau Ski Air Bandar Sukan Jakabaring, Palembang semalam. Acara triathlon akan bermula pada Jumaat untuk acara lelaki menakala Sabtu bagi acara wanita. Acara campuran diadakan Ahad ini. Peserta akan memulakan acara berenang sejauh 1.5 kilometer dan berbasikal sejauh 40 kilimeter serta berakhir dengan larian 10 kilometer.
— Gambar Bernama Sebahagian atlet triathlon membuat terjunan pada sesi latihan sempena acara triathlon Sukan Asia 2018 di Danau Ski Air Bandar Sukan Jakabaring, Palembang semalam. Acara triathlon akan bermula pada Jumaat untuk acara lelaki menakala Sabtu bagi acara wanita. Acara campuran diadakan Ahad ini. Peserta akan memulakan acara berenang sejauh 1.5 kilometer dan berbasikal sejauh 40 kilimeter serta berakhir dengan larian 10 kilometer.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia