Utusan Borneo (Sarawak)

Nadal ke pusingan ketiga Terbuka AS

-

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS): Pemain nombor satu dunia yang juga juara bertahan, Rafael Nadal, melangkah selesa ke pusingan ketiga kejohanan Terbuka AS dengan menamatkan cabaran Vasek Pospisil Rabu lepas.

Nadal, yang mengelak berdepan cuaca panas apabila beraksi pada sesi malam di Stadium Arthur Ashe, menewaskan Pospisil 6-3, 6-4 dan 6-2.

Satu-satu ‘masalah’ beliau ialah pada set kedua apabila pukulan servis beliau tidak menjadi dan ketinggala­n 2-4 tetapi bangkit bergaya memenangi empat mata berturuttu­rut selepas itu.

“Keadaan sangat sukar,” kata Nadal. “Ia penting untuk bermula dengan sangat baik. Untuk menang tiga set adalah sentiasa sesuatu yang positif terutama sekali dengan keadaan semasa. Ia hampir tengah malam dan saya berasa sangat gembira dengan kemenangan ini.”

Bekas juara, Stanislas Wawrinka dan Juan Martin del Potro juga meneruskan kemaraan sementara seorang lagi bekas juara, Andy Murray, seperti Wawrinka yang kembali beraksi di sini selepas tidak bermain tahun lepas kerana kecederaan, disingkirk­an oleh Fernando Verdasco.

Wawrinka terselamat aksi pada cuaca panas tengahari apabila menewaskan Ugo Humbert 7-6(7/5), 4-6, 6-3 dan 7-5 dalam masa tiga jam dan 21 minit.

“Saya tahu ia adalah per- lawanan yang sukar,” kata Wawrinka.

“Tahap permainan saya ada dan saya bermain dengan sangat baik,” tambah Wawrinka, yang gagal mempertaha­nkan kejuaraann­ya pada 2016 selepas menjalani dua pembedahan lutut tahun lepas.

Murray, juara di sini pada 2012, yang bermain kejohanan Grand Slam pertamanya sejak 14 bulan, masih bergelut mencari kecergasan sebenar selepas pembedahan pinggul pada bulan Januari. — AFP

 ?? — Gambar Bernama ?? Atlet luncur negara, Mohamad Hazim Shahrum pada sesi latihan untuk acara 20 kilometer trek kasut beroda pada Sukan Asia 2018 di Danau Ski Air Bandar Sukan Jakabaring, Palembang semalam. Mohamad Hazim satu-satunya atlet Malaysia yang menyertai acara perlumbaan kasut beroda.
— Gambar Bernama Atlet luncur negara, Mohamad Hazim Shahrum pada sesi latihan untuk acara 20 kilometer trek kasut beroda pada Sukan Asia 2018 di Danau Ski Air Bandar Sukan Jakabaring, Palembang semalam. Mohamad Hazim satu-satunya atlet Malaysia yang menyertai acara perlumbaan kasut beroda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia