Utusan Borneo (Sarawak)

SUKMA: Skuad wushu tidak sabar pamer kehebatan

-

KUCHING: Skuad wushu Sarawak terutamany­a mereka yang menjalani latihan di China tidak sabar untuk melaungkan cabaran pada temasya Sukan Malaysia ( SUKMA XIX) Perak berlangsun­g dari 11 hingga 13 September ini di Kolej Matrikulas­i Perak, Gopeng.

Sarawak mempertaru­h seramai 10 atlet bagi rutin taolu (rutin pilihan) manakala tiga lagi bertanding dalam acara sanda (tempur bebas) yang baharu diperkenal­kan.

Untuk SUKMA kali ini, skuad wushu Sarawak menyasarka­n pungutan empat pingat emas. Mereka yang menyertai rutin taolu ialah atlet kebangsaan, Clement Ting, Audrey Chan dan Lee Hui Xian.

Turut serta Muhammad Assri Abdul Wahab, Elvic Bong, Clement Thian, Chiew Sow Hong (kapten), Fu Sian Wei, Yong Arifah Khairul dan Stephanie Ngu.

Manakala atlet sanda ialah Daniel Manggin, Chua Teck Kai dan Kelvin Kong.

Penolong chef-de-mission wushu, Allen Wong optimis atlet-atlet Sarawak mampu merealisas­ikan sasaran tersebut meskipun mengakui cabaran berat menanti mereka di Perak nanti.

Jelasnya, Melaka dan Negeri Sembilan diletakkan selaku pesaing utama Sarawak kerana kedua-dua negeri itu mempunyai ramai atlet kebangsaan.

“Wushu sentiasa konsisten dan menjadi salah satu acara penyumbang pingat emas kepada kontinjen Sarawak pada SUKMA lalu dan saya cukup yakin atlet-atlet kita mampu mengekalka­n status itu di Perak,” katanya semasa menyertai penilaian terakhir skuad wushu di pusat latihan elit wushu di Pusat Sukan Kota Sentosa, Jalan Stakan pada Selasa lalu.

Hadir sama Timbalan Presiden WFS James Ting, Koordinato­r MSNS Thomas Chia, Ketua Jurulatih Yoong Thong Foong, Jurulatih Ling Ung Hee, Lau Hui Wei dan Pegawai ISN, Joshua Kudi Philip.

Wong yang juga Presiden Persekutua­n Wushu Sarawak (WFS) berkata prestasi semua atlet semakin meningkat selepas pulang menjalani latihan dari China.

“Kita meletakkan harapan di bahu tiga atlet kebangsaan iaitu Clement Ting (changquan, daoshu, gunshu), Audrey Chan ( taijiquan, taijijian) dan Hui Xian (nanquan, nangun, nandao) memenangi emas manakala pemenang emas taijiquan SUKMA XVIII, Assri, Elvic Bong dan Stephanie Ngu juga berpotensi menyumbang emas.

“Kecuali muka baharu Fu Xian Wei dan atlet Sanda, peserta lain dalam skuad menyertai SUKMA sekali atau dua kali,” jelas Wong sambil menambah Sarawak bangga kerana diwakili dua atlet dari bangsa lain iaitu Arifah (Melayu) dan Assri (Melanau) menjadikan atlet skuad wushu negeri unik dan berbilang kaum.

“Kita mempunyai kekuatan sendiri dan majoriti atlet berasa sangat yakin selepas latihan di China pada Oktober tahun lalu dan dari 25 Julai hingga 25 Ogos tahun ini. Kita berada di landasan terbaik untuk memburu tiga tempat teratas pada SUKMA kali ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Wong melahirkan rasa kecewa kerana kemudahan latihan di pusat latihan elit negeri tidak belum diperbaiki walaupun Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah telah melawatnya beberapa kali.

“Semasa hujan lebat, air hujan akan ditiup oleh angin kencang dan juga meresap ke permaidani dan merosakkan­nya,” katanya.

 ??  ?? BURU PINGAT: Wong (empat kanan) dan (dari kiri) Joshua, Ting, Chia, Yoong, Lau dan Ling bersama atlet wushu pada sesi penilaian terakhir di pusat latihan elit wushu, Selasa lalu.
BURU PINGAT: Wong (empat kanan) dan (dari kiri) Joshua, Ting, Chia, Yoong, Lau dan Ling bersama atlet wushu pada sesi penilaian terakhir di pusat latihan elit wushu, Selasa lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia