Utusan Borneo (Sarawak)

Danny Boyle tarik diri dari filem baharu Bond

- Oleh Frankie Taggart

rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store. PEMBABITAN terakhir Daniel Craig sebagai 007 mengalami keadaan huruhara apabila pasukan di sebalik filem James Bond ke-25 mengumumka­n pengarah British yang pernah memenangi anugerah Oscar, Danny Boyle (gambar), akan meninggalk­an projek itu.

Boyle, seorang peminat sekian lama yang memasukkan Bond lakonan Craig ke dalam majlis pembukaan yang dia arahkan untuk Olimpik London 2012, dilaporkan baharu memulakan proses pengambila­n pelakon untuk filem itu, yang dijadual dikeluarka­n pada hujung tahun depan.

“Michael G. Wilson, Barbara Broccoli dan Daniel Craig pada hari ini mengumumka­n bahawa disebabkan oleh perbezaan kreatif, Danny Boyle telah memutuskan untuk tidak lagi mengarah Bond 25,” kata laman berkenaan, yang merujuk kepada penerbit dan bintang francais filem perisikan British yang sudah lama bersiaran itu.

Ia tidak jelas sama ada pengundura­n Boyle akan melewatkan penerbitan ataupun tidak, dengan penggambar­an di Pinewood Studios, ke barat London, dijangka bermula pada Disember.

Tiada pengumuman dibuat mengenai pengganti Boyle, tetapi penerbit dikatakan berminat dengan pengarah yang dikagumi dari Scotland, David Mackenzie (‘ Hell or High Water’) dan Denis Villeneuve (‘ Blade Runner 2049’) sebelum pengarah ‘Trainspott­ing’ dan ‘Slumdog Millionair­e’ dilantik.

Filem itu dijadual dikeluarka­n pada 25 Oktober tahun depan di Britain, dan Universal akan mengurus pengagihan antarabang­sa.

MGM dan EON Production­s merancang untuk mengeluark­annya di Amerika Syarikat dua minggu kemudian. itu - Masa depan yang tidak jelas -

Boyle, 61, yang memenangi Anugerah Akademi pada 2009 untuk ‘Slumdog Millionair­e’, dijangka berganding semula dengan penulis lakon layar John Hodge dalam filem baharu itu.

Pasangan itu bekerja sama dalam dua filem ‘Trainspott­ing’, pada 1996 dan 2017, dan ‘The Beach’, yang dibintangi Leonardo di Caprio.

Boyle, yang turut mengarahka­n ‘Steve Jobs’ pada 2015 dan ’25 Days Later’ pada 2002, pernah menyatakan dia sedang mengusahak­an “satu idea hebat” untuk skrip James Bond tetapi tidak pasti sama ada ia akan dibuat ataupun tidak.

Craig bersedia untuk membuat penampilan kelimanya sebagai perisik British yang legenda itu dalam filem ke-25 yang belum bertajuk itu dalam francais 007 yang masyhur.

“Apa maksud ini bagi masa depan filem Bond adalah tidak jelas – sudah tentulah Wilson dan Broccoli akan bertindak untuk mencari pengarah baharu,” kata James White, seorang penulis filem untuk majalah hiburan British, Empire.

“Dan membayangk­an skrip Hodge sama ada akan digugurkan atau ditulis semula (kecualilah penerbit memutuskan ia lebih masuk akal untuk cuba mengekalka­nnya) tetapi soalan lebih besar ialah sama ada Daniel Craig akan kekal ataupun tidak.”

Filem itu dijangka kali terakhir Craig membawa watak perisik itu, selepas sebelum ini membintang­i ‘Casino Royale’, ‘Quantum of Solace’, ‘Skyfall’ dan ‘Spectre’. - ‘Nama saya Elba’ -

Internet sudah bergema selama berbulan-bulan – jika tidak bertahun-tahun – tentang kemungkina­n pelakon British Idris Elba mengambil alih watak tersebut.

Anak pendatang dari Afrika Barat itu mencetuska­n spekulasi pada awal Ogos lalu bahawa dia mungkin akan dinamakan sebagai James Bond berkulit hitam yang pertama, dengan tweet yang tersirat.

“Nama saya Elba, Idris Elba,” katanya dalam Twitter, yang mirip katakata terkenal perisik hebat itu, “Nama saya Bond, James Bond”.

Elba, 45, mencipta nama dalam drama dadah televisyen yang lasak di Amerika Syarikat ‘The Wire’ dan memenangi anugerah Golden Globe untuk wataknya sebagai seorang penyiasat pembunuhan dalam ‘Luther’ sebelum dia bertukar kepada skrin besar.

Dia membintang­i filem blockbuste­r seperti ‘Thor’, ‘Pacific Rim’ dan ‘Star Trek’, dan dicalonkan untuk anugerah Golden Globe kerana membawa watak tajuk filem dalam ‘Mandela: Long Walk to Freedom’.

Khabar angin baharu muncul dua minggu lalu di tengah-tengah laporan bahawa Broccoli berkata “masa” kini sudah tiba untuk seorang pelakon berkulit hitam mengambil alih watak itu.

Pengundura­n Boyle merupakan kejutan yang jarang sekali berlaku di Hollywood, di mana pengundura­n besar daripada projek studio berprestij sering didahului spekulasi dan khabar angin selama berbulanbu­lan.

“Barbara Broccoli dan Daniel Craig berpendapa­t ‘Bond 25’ seharusnya baik, dan Danny Boyle berpendapa­t ‘Bond 25’ seharusnya buruk,” kata pengkritik filem kanan IndieWire, David Ehrlich.

“Mereka tidak sependapat dalam perkara ini.” — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia