Utusan Borneo (Sarawak)

Menteri Ekonomi ASEAN tekankan keutamaan berterusan mengenai rundingan RCEP

-

SINGAPURA: MenteriMen­teri Ekonomi ASEAN (AEM) menekankan mengenai keutamaan berterusan blok tersebut terhadap rundingan Perkongsia­n Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP).

Mereka juga menekankan komitmen untuk mengikuti arahan pemimpin di Sidang Kemuncak ASEAN Ke32 pada April 2018 untuk berusaha keras bagi menyelesai­kan isu-isu tertangguh dan menamatkan rundingan RCEP dengan cepat.

Dalam kenyataan media bersama, menteri terbabit menyambut baik kemajuan dalam rundingan RCEP selepas 23 pusingan rundingan.

Mesyuarat AEM Ke- 50 dan Mesyuarat Berkaitan diadakan di sini sehingga 2 September ketika Singapura menjadi Pengerusi ASEAN untuk 2018.

Adalah menjadi harapan negara-negara RCEP yang perjanjian tersebut akan ditandatan­gani pada November 2018 semasa Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Singapura selepas gagal menepati dua tarikh akhir ditetapkan.

Perjanjian perdaganga­n bebas itu dilancarka­n secara rasmi pada Sidang Kemuncak ASEAN 2012 di Kemboja dan ia menjadi tumpuan setelah Presiden Donald Trump mengumumka­n bahawa Amerika Syarikat telah menarik diri daripada Perkongsia­n Trans-Pasifik.

RCEP mempunyai penduduk 3.4 bilion, dengan jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar ( KDNK) sebanyak AS$ 49.5 trilion (AS$1=RM4.10) atau kirakira 39 peratus daripada KDNK dunia.

Menurut kenyataan itu, menteri terbabit mengesahka­n perjanjian oleh MenteriMen­teri RCEP di Mesyuarat Antara Sesi Menteri RCEP Ke-5 pada Julai 2018 untuk bekerjasam­a dengan penekanan yang lebih besar untuk mencari penyelesai­an bagi kesimpulan rundingan RCEP, sejajar dengan mandat Pemimpin RCEP.

Mengenai Perdaganga­n Barangan, kenyataan itu berkata, ASEAN pada keseluruha­nnya telah menghapusk­an 98.6 peratus duti import.

Menteri- menteri berkenaan menyambut baik kemajuan besar yang dicapai oleh negara anggota ASEAN mengenai liberalisa­si tarif.

Setakat ini, di bawah Perjanjian Perdaganga­n Barangan ASEAN, 99.3 peratus duti import telah dihapuskan untuk ASEAN-6, iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand.

Sementara itu, angka yang sama untuk Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam ditetapkan pada 97.7 peratus. Mengenai Hubungan Ekonomi Luar, para menteri menekankan pentingnya penglibata­n ASEAN yang kukuh dan berdaya tahan dengan rakan daganganny­a berdasarka­n sentimen perlindung­an dan tindakan perdaganga­n unilateral yang mencabar.

Malaysia diwakili Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Darell Leiking. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia