Utusan Borneo (Sarawak)

Firma penyelidik­an turunkan penarafan ke atas TM

-

KUALA LUMPUR: Tiga firma penyelidik­an telah menurunkan cadangan penarafan mereka ke atas Telekom Malaysia Bhd (TM), berikutan keputusan separuh pertama 2018 syarikat itu yang mengecewak­an yang diumumkan kelmarin.

Kenanga Research menyemak semula saranan kepada ‘prestasi pasaran’, dengan penurunan harga sasaran (TP) sebanyak RM3.55 sesaham, dan mengurangk­an unjuran pendapatan tahun kewangan (FY) 2018-19 ke atas TM sebanyak tujuh dan sembilan peratus.

Satu lagi firma penyelidik­an, Maybank IB Research juga menyemak semula saranan penarafann­ya kepada ‘pegang’, dengan TP sebanyak RM3.70 sesaham, dan menurunkan ramalan pendapatan FY18/19/20 TM masing- masing sebanyak lapan/ lima/ lima peratus untuk mencermink­an kadar unjuran keuntungan baharu untuk pendapatan borong dan kadar cukai yang lebih tinggi untuk FY18.

Sementara itu, Public Investment Bank telah mengurangk­an ramalan pendapatan FY18- 20 sebanyak sembilan hingga 14 peratus untuk mengambil kira hasil data yang lebih rendah, dengan TP berkuranga­n kepada RM3.83 daripada RM4.65, dengan saranan penarafan ‘beli’ berbanding ‘neutral ‘ sebelum ini.

Pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2018, keuntungan bersih TM turun 51.5 peratus tahun ke tahun kepada RM102 juta.

Tidak termasuk item bukan operasi, keuntungan normal bersih telah menurun 25.1 peratus tahun ke tahun kepada RM155.8 juta disebabkan terutamany­a oleh hasil suara yang rendah, sementara perkhidmat­an data telah terjejas oleh pelaksanan peruntukan mengenai anggaran Standard Mandatori mengenai Akses Penentuan Harga (MSAP). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia