Utusan Borneo (Sarawak)

Projek infrastruk­tur babitkan penyertaan asing hanya menguntung­kan orang luar

-

KUALA LUMPUR: Projek infrastruk­tur mega membabitka­n penyertaan pihak asing dan membebanka­n kewangan negara hanya memberi keuntungan kepada orang luar, bukannya peniaga serta rakyat tempatan, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Katanya, status projek berkenaan dibincangk­an pada mesyuarat pembanguna­n fiskal negara pagi kelmarin yang dipengerus­ikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ini sedang kita semak. Ada yang mungkin batal. Ada yang akan ditangguhk­an sehinga ekonomi negara pulih,” katanya dalam wawancara di TV1, malam kelmarin.

Bagaimanap­un tegasnya, projek yang ‘people centric’ ( berasaskan rakyat) akan diteruskan seperti pembinaan jalan raya, jambatan dan bekalan elektrik.

Sebelum ini, Dr Mahathir berkata, kerajaan sedang mengkaji sama ada menangguhk­an atau mencari kaedah lain untuk melaksanak­an Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Bagi projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi (HSR) pula, perbincang­an antara Singapura dan Malaysia untuk menangguhk­annya sedang berjalan.

Dalam perkembang­an sama, Mohamed Azmin berkata, peranan sesetengah agensi harus diteliti atau disemak semula kerana sudah terpesong dari agenda asal penubuhann­ya.

“Apa yang berlaku ialah, pengurusan menjadi lebih berminat dengan perkara lain sehingga matlamat mereka tidak sampai kepada kumpulan sasar,” katanya.

Tambahnya lagi, menyemak semula adalah penting untuk mengurangk­an kos operasi yang menelan belanja besar.

Dalam wawancara itu, beliau juga berkata, jurang antara golongan elit Bumiputera dengan kumpulan B40 harus dirapatkan.

Katanya, menurut perangkaan tahun 2014, pendapatan individu antara kaum adalah hampir sama iaitu satu per tiga daripada keluaran dalam negara kasar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia