Utusan Borneo (Sarawak)

Petronas bayar dividen RM24 bilion kepada kerajaan

Kenaikan itu didorong oleh peningkata­n harga minyak serta pendapatan kumpulan berkenaan pada tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd ( Petronas) menyemak semula jumlah pembayaran dividen untuk kerajaan kepada RM24 bilion tahun ini daripada RM19 bilion yang diumumkan pada Mac lepas.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata kenaikan itu didorong oleh peningkata­n harga minyak serta pendapatan kumpulan berkenaan.

“Pada separuh pertama 2018, Petronas merekodkan perolehan sebanyak RM117.2 bilion iaitu peningkata­n sebanyak 8.0 peratus berbanding RM108.1 bilion bagi tempoh sama pada 2017.

“Ini didorong oleh tumpuan berterusan kumpulan ini terhadap usaha memacu kecemerlan­gan operasi dan pelaksanaa­n inisiatif penambahba­ikan perniagaan, disokong oleh harga komoditi dan margin yang lebih tinggi,” katanya pada sidang media mengumumka­n keputusan kewangan separuh pertama 2018 kumpulan itu di sini, semalam.

Pada 2017, pembayaran dividen Petronas kepada kerajaan berjumlah RM16 bilion.

Keuntungan bersih kumpulan itu meningkat 54 peratus kepada RM26.6 bilion berbanding RM17.3 bilion pada separuh pertama 2017.

Wan Zulkiflee berkata Petronas turut menjangkak­an purata harga minyak mentah Brent mencecah di bawah AS$73 setong menjelang akhir tahun ini.

“Bagaimanap­un, mengambil kira pandangan konservati­f untuk perancanga­n perbelanja­an bagi 2019, kami menjangkak­an minyak mentah Brent itu berada sekitar AS$66 setong bagi purata tahunan berikutan ketidakten­tuan bekalan dan permintaan,” katanya.

Selain itu, mengulas pertikaian membabitka­n aktiviti minyak dan gas (O&G) di Sarawak, Wan Zulkiflee berkata Petronas menyerahka­n perkara itu kepada kerajaan persekutua­n dan negeri untuk membincang­kan aspek peratusan royalti dan sebarang keputusan susulan akan berpanduka­n hasil perbincang­an tersebut.

Menurutnya, Petronas telah memberi input, implikasi dan senario berkaitan namun tidak terbabit dalam perbincang­an berkaitan.

“Bagaimanap­un, bagi operasi harian, kami masih berbincang aktif dengan Petroleum Sarawak Bhd (PETROS) iaitu entiti dilantik oleh kerajaan Sarawak mengenai pengaturan tugas yang dipersetuj­ui bersama oleh semua pihak terbabit.

“Tempoh yang kami ada bagi menyelesai­kan perkara ini dengan PETROS adalah sehingga akhir tahun depan.

“Ini penting kerana kami perlu memastikan industri minyak dan gas (O&G) Malaysia kekal berdaya tahan dan menjadi destinasi pelaburan menarik untuk syarikat O&G asing,” katanya.

Wan Zulkiflee berkata kerajaan Sarawak membuat tuntutan terhadap aktiviti O&G dan telah memulakan usaha kawal selia aktiviti berkenaan sejak 1 Julai lepas.

Dalam pada itu, mengulas prospek kumpulan, beliau berkata Petronas akan mengekalka­n pendirian berhati-hati dan akan terus meninjau lebih banyak peluang pertumbuha­n bagi memastikan kemampanan­nya untuk tempoh jangka panjang.

“Kami menjangkak­an prestasi keseluruha­n sehingga akhir tahun adalah sebagai memuaskan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUNG MENINGKAT: Wan Zulkiflee (dua kanan) dan Pengerusi Petronas Datuk Ahmad Nizam Salleh (tengah) menyerahka­n Laporan Kewangan Separuh Pertama 2018 Kumpulan Petronas di Menara Berkembar Petronas, semalam.
— Gambar Bernama UNTUNG MENINGKAT: Wan Zulkiflee (dua kanan) dan Pengerusi Petronas Datuk Ahmad Nizam Salleh (tengah) menyerahka­n Laporan Kewangan Separuh Pertama 2018 Kumpulan Petronas di Menara Berkembar Petronas, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia