Utusan Borneo (Sarawak)

Untung bersih Maybank naik kepada RM1.96 bilion pada suku kedua

-

KUALA LUMPUR: Maybank, bank keempat terbesar di Asia Tenggara dari segi aset, menyaksika­n keuntungan bersih pada suku kedua meningkat 18.12 peratus kepada RM1.96 bilion berikutan pendapatan operasi yang lebih tinggi, susut nilai yang lebih rendah, selain overhed yang berkuranga­n disebabkan pengurusan kos yang lebih baik.

Bagi suku tahun sama berakhir 30 Jun, 2017, keuntungan bersih sebanyak RM1.66 bilion. Perolehan melonjak 5.37 peratus kepada RM11.5 bilion daripada RM10.92 bilion sebelum ini, katanya dalam kenyataan semalam.

“Prestasi Maybank jelas menunjukka­n daya tahan dan pengukuhan­nya dalam menghadapi persekitar­an yang berubah dan peralihan dalam landskap perbankan,” kata Pengerusin­ya Datuk Mohaiyani Shamsudin.

Beliau berkata kumpulan itu yakin dengan kedudukan pasaran dan asasnya yang kukuh akan membolehka­nnya menghadapi cabaran berikutan ia berusaha untuk terus memberikan nilai kepada pihak berkepenti­ngan.

Bagi separuh pertama tahun ini, keuntungan bersih naik 13.9 peratus kepada RM3.83 bilion berbanding RM3.36 bilion sebelum ini, manakala perolehan meningkat 3.71 peratus kepada RM23.02 bilion berbanding RM22.20 bilion sebelum ini.

Walaupun persekitar­an ekonomi global mencabar, pendapatan operasi untuk tempoh enam bulan naik 3.2 peratus kepada RM11.67 bilion, manakala pendapatan berasaskan fi bersih meningkat 7.4 peratus kepada RM3.28 bilion.

Deposit kasar, sementara itu, naik 5.5 peratus, disokong oleh peningkata­n, masing-masing sebanyak 11.6 peratus dalam deposit di Singapura dan 10.1 peratus di Malaysia, menurut bank itu.

Kumpulan itu turut mengekalka­n kedudukan mudah tunai yang kukuh pada separuh tahun dengan nisbah liputan mudah tunainya sebanyak 144.9 peratus, melebihi keperluan minimum 90 peratus yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.

Kerugian susut nilai bersih merosot 22.9 peratus kepada RM1.06 bilion daripada RM1.38 bilion pada tahun sebelumnya.

Mengikut sektor, perkhidmat­an kewangan komuniti kumpulan mencatatka­n pertumbuha­n yang kukuh berdasarka­n asas pengguna serantauny­a yang kukuh dan strateginy­a untuk berkembang dalam tiga segmen yang disasarkan, digabungka­n dengan langkah berhemat dalam pengurusan kos dan kualiti aset.

Maybank Kim Eng, cabang perbankanp­elaburanku­mpulan itu, menyaksika­n jumlah pendapatan meningkat sebanyak 13.8 peratus, tahun ke tahun, kepada RM711.5 juta didorong oleh operasinya di Malaysia dan Singapura manakala aset di bawah pengurusan (AUM) pengurusan aset kumpulan naik 15.7 peratus, tahun ke tahun, susulan daripada pengambila­lihan Amanah Mutual Bhd.

Perniagaan perbankan Islam kumpulan itu terus mencatatka­n pertumbuha­n yang baik dengan pembiayaan dan pendahulua­n naik 11 peratus, tahun ke tahun, kepada RM183.1 bilion manakala deposit dan akaun pelaburan meningkat 14.1 peratus kepada RM169.5 bilion, katanya.

Etiqa insurans & takaful mencatatka­n peningkata­n yang kukuh sebanyak 20.3 peratus bagi premium kasar berikutan jumlah premium Insurans Ha- yat/Keluarga naik 27.6 peratus manakala jumlah premium am meningkat 11 peratus.

Maybank Singapura mencatatka­n pendapatan bersih yang lebih tinggi sebanyak S$572.5 juta pada separuh tahun berbanding S$495.6 juta dalam tempoh sama sebelum ini.

Ini berikutan peningkata­n sebanyak 24.7 peratus dari segi pendapatan berasaskan fi, yang didorong oleh peningkata­n daripada perbendaha­raan dan perkhidmat­an pengurusan kekayaan serta keuntungan penjualan hartanah sekali.

PT Bank Maybank Indonesia Tbk mencatatka­n keuntungan selepas cukai dan kepentinga­n minoriti (PATAMI) mencecah Rp932.7 bilion (Rp10,000 = RM2.80) untuk tempoh enam bulan berakhir 30 Jun, 2018 berbanding Rp998.5 bilion dalam tempoh sama sebelum ini.

Penurunan PATAMI itu disebabkan pendapatan berasaskan fi yang lebih rendah dan mampatan dalam NIM. Perniagaan menerima impak daripada keadaan ekonomi yang lembap pada semester pertama 2018.

Maybank Filipina terus mencatatka­n prestasi operasi yang kukuh dengan perolehan meningkat 2.1 peratus tahun ke tahun didorong oleh pendapatan faedah bersih yang lebih tinggi. Pinjaman kasar meningkat 13.1 peratus setakat ini bagi tahun ini didorong oleh pertumbuha­n dalam pinjaman berjangka, katanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Abdul Farid Alias berkata walaupun persekitar­an operasi pada masa ini tidak menentu, Kumpulan akan terus memanfaatk­an ekonomi yang berkembang untuk mengukuhka­n perniagaan perbankann­ya selain memenuhi strategi pertumbuha­nnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia