Utusan Borneo (Sarawak)

Jenayah ekonomi di Malaysia semakin meningkat: Kajian PWC

-

KUALA LUMPUR: Jenayah ekonomi di Malaysia telah meningkat sejak dua tahun lalu, sejajar dengan trend global, menurut Kajian Jenayah Ekonomi dan Penipuan Global 2018 oleh PwC.

Sebanyak 41 peratus daripaa responden telah mengalami jenayah seperti itu berbanding 28 peratus pada 2016, kata PwC dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa organisasi masih tidak mengambil langkah mencukupi untuk melindungi diri mereka daripada penipuan.

Tingkah laku dan salah laku perniagaan mengambil tempat teratas dalam tinjauan pendapat (45 peratus daripada responden), mengatasi penyelewen­gan aset (41 peratus) dan rasuah (35 peratus) sebagai jenayah ekonomi yang paling meluas di Malaysia.

“Organisasi merasa tekanan untuk menghapusk­an penipuan di peringkat tertinggi, terutama dengan kemerosota­n toleransi awam untuk rasuah. Kami percaya mereka boleh mula dengan menangani punca masalah: budaya organisasi,” kata Rakan Urusan PwC Malaysia, Sridharan Nair.

Dalam kenyataan itu, PwC berkata, berikutan Pilihan Raya Umum Ke-14 pada Mei, tumpuan untuk menangani rasuah dijangka meningkat di bawah kerajaan baru.

Kajian Jenayah Ekonomi dan Penipuan 2018 diselesaik­an oleh 7,228 responden dari 123 wilayah. termasuk 124 responden dari Malaysia. Kajian pendapat itu dijalankan mulai 21 Jun hingga 28 Sept 2017.

Responden Malaysia mewakili 19 industri. Lebih separuh daripada mereka adalah daripada syarikat awam yang disenarai.

Sridharan berkata, adalah menggalakk­an bahawa 75 peratus daripada responden mempunyai etika perniagaan formal serta program pematuhan dan ini menunjukka­n bahawa perubahan dari dalam harus menjadi bahan aktif dalam penyelesai­an terhadap penipuan dan jenayah ekonomi.

“(Bagaimanap­un,) untuk langkah-langkah sedemikian berkesan, eksekutif sendiri harus menggalakk­an pekerja untuk bersuara dan melaporkan tingkah laku yang tidak jujur tanpa rasa takut,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia