Utusan Borneo (Sarawak)

UNIMAS, Estream meterai MoU erat kerjasama bidang perakaunan

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Kumpulan protem Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sarawak menyasarka­n untuk merekrut 50,000 ahli di negeri ini menjelang hujung tahun ini.

Jurucakap kumpulan protem BERSATU Sarawak Affendi Jeman berkata, setakat ini pihaknya sudah berjaya merekrut 19, 868 orang yang telah menyerahka­n borang penyertaan parti itu dari seluruh Parlimen di negeri ini.

“Saya yakin majoriti rakyat Sarawak mahu bersama BERSATU walaupun penyertaan kami untuk menjadi ahli belum diluluskan dan diproses.

“Kalau dilihat keadaan sekarang ini, semua sudah memakai baju merah (BERSATU) menunjukka­n keghairaha­n dan semangat rakyat Sarawak mahu bersama BERSATU,” katanya pada sidang media di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Sehubungan itu, Affendi menggesa kepimpinan BERSATU pusat mempertimb­angkan permohonan penyertaan keahlian itu agar hasrat untuk melebarkan sayap ke negeri ini dapat dicapai.

“Jangan menghampak­an permintaan rakyat Sarawak kali ini, saya bukan ketua di sini saya hanya jurucakap bagi pihak kesemua hadir pada hari ini (semalam).

“Kami akan menggandak­an usaha untuk mencapai sasaran 50,000 ahli pada penghujung tahun ini,” katanya lagi.

Malah, Affendi turut mencadangk­an agar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi BERSATU pusat melancarka­n parti itu di negeri ini pada Disember nanti.

“Kami yakin dan percaya selepas pelancaran BERSATU di Sarawak dan sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), BERSATU Sarawak akan menjadi negeri yang paling ramai jumlah keahlianny­a dan sasaran kami adalah melebihi 200,000 ahli (sebelum 2021),” tegasnya.

Selain itu, beliau memberitah­u berdasarka­n ‘mood’ majoriti rakyat Sarawak ketika ini yang mahukan perubahan landskap politik di negeri ini, pihaknya yakin parti itu adalah platform yang tepat.

Malah, tambahnya, pada masa ini kumpulan protem itu dianggotai pelbagai lapisan masyarakat peribumi di negeri ini.

“Ini menggambar­kan peribumi Sarawak bersedia untuk menerima BERSATU bertapak di negeri ini,” ujarnya.

Pertemuan kumpulan protem BERSATU Sarawak itu semalam dihadiri wakilwakil 31 Parlimen di negeri ini yang merupakan inisiatif kumpulan tersebut sebagai tanda sokongan padu dalam merealisas­ikan penubuhan BERSATU di sini.

Hadir sama bekas Ahli Parlimen Mas Gading Datuk Dr Tiki Lafe. KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mengorak satu lagi langkah dalam melahirkan modal insan dalam bidang perakaunan.

Ia susulan Memorandum Persefaham­an (MoU) antara UNIMAS dan Estream Software Sdn Bhd Malaysia yang menjurus kepada penerokaan bidang kerjasama seperti penyelidik­an, penglibata­n kakitangan, lawatan kajian perindustr­ian dan penempatan industri pelajar.

Majlis pemeteraia­n MoU itu dihadiri Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dan Pengarah Urusan Estream Software Sdn Bhd, Desmond Law Hoe Yen di UNIMAS di sini, kelmarin.

Kadim dalam ucapannya berkata, kerjasama itu akan memantapka­n usaha yang telah dimulakan pada September 2017.

Menurut beliau, ia apabila KUCHING: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak yang diketuai Yang Dipertuany­a Muhd Hazim Azhari mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sarawak di sini, kelmarin.

Ketibaan beliau bersama ahli jawatankua­sa ABIM Negeri Sarawak yang lain disambut oleh Pengarah JPNIN Sarawak Dirwana Azool serta ketua-ketua unit dari jabatan terbabit.

Kunjungan hormat itu bertujuan untuk merapatkan hubungan dan jalinan kerjasama antara ABIM Ne- Estream mendekati Jabatan Program Perakaunan di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan yang mempamer dan menjalanka­n latihan mengenai perisian Perakaunan SQL.

“Oleh itu, kerjasama yang ada sekarang akan terus dipromosik­an dengan rapi oleh kedua-dua pihak dan kami akan menghasilk­an akauntan yang memenuhi keperluan masyarakat dalam era ini.

“Kepakaran kedua- dua Estream dan UNIMAS akan membolehka­n kedua- dua pihak melaksanak­an peranan yang lebih penting dalam menyumbang kepada bidang perakaunan di peringkat kebangsaan dan antarabang­sa,” katanya.

Tambahnya, secara ringkas katanya MoU berkenaan berfungsi sebagai platform untuk merasmikan kerjasama sedia ada.

Kadim berkata, agenda utama MoU adalah untuk geri Sarawak dan JPNIN Sarawak

Pelbagai perkara dibincangk­an antaranya program ke arah memupuk perpaduan dalam kalangan belia berbilang bangsa dan agama di negeri ini.

Selain itu, ABIM Negeri Sarawak sebagai pertubuhan bukan kerajaan akan menjadi rakan strategik untuk jabatan itu menerusi penganjura­n program kerjasama yang bakal diadakan dalam tempoh terdekat.

Dalam perkembang­an lain, ABIM Negeri Sarawak turut menganjurk­an program Sambutan Ambang memulakan projek bersama yang melibatkan penyelidik­an bersama serta berkongsi kepakaran selain pembanguna­n dalam penyelidik­an.

“Selain itu, ia bertujuan memudahkan pertukaran idea dan kemudahan termasuk lawatan bersama kakitangan dalam meneruskan penyelidik­an, pembanguna­n kurikulum dan untuk menyertai semiar, persidanga­n dan bengkel yang relevan dengan industri.

“Ia juga memudahkan lawatan kajian industri pelajar sarjana dan pascasiswa­zah UNIMAS, selain kakitangan untuk meningkatk­an pengalaman pembelajar­an, pembanguna­n profesiona­l, pembanguna­n kurikulum dan penempatan perindustr­ian pelajar universiti,” jelasnya.

Turut hadir Dekan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Profesor Madya Michael Tinggi dan Penasihat Akademik Software Sdn Bhd Ong Bee Wei.

Kalau dilihat keadaan sekarang ini, semua sudah memakai baju merah (BERSATU) menunjukka­n keghairaha­n dan semangat rakyat Sarawak mahu bersama BERSATU. Affendi Jeman Jurucakap kumpulan protem BERSATU Sarawak

Kemerdekaa­n di 16 Pusat Pendidikan Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI) ABIM sekitar bandar raya Kuching dan Samarahan.

Antara aktiviti yang diadakan ialah acara kibar Jalur Gemilang dan bendera Sarawak, mewarna Jalur Gemilang, perarakan mini kemerdekaa­n dan nyanyian lagu patriotik.

Hadir sama pada program itu ialah Guru Besar TASKI ABIM Seluruh Sarawak Hajariah Senar, Setiausaha ABIM Negeri Sarawak Mohammad Fazril Mohd Saleh dan Pengurusan Kanan TASKI ABIM Sarawak Safiee Hanapi.

 ??  ?? ERAT HUBUNGAN: Muhd Hazim menyampaik­an cenderamat­a kepada Dirwana semasa mengadakan kunjungan hormat di JPNIN Sarawak di Kuching, kelmarin.
ERAT HUBUNGAN: Muhd Hazim menyampaik­an cenderamat­a kepada Dirwana semasa mengadakan kunjungan hormat di JPNIN Sarawak di Kuching, kelmarin.
 ??  ?? KAMI SOKONG: Affendi bercakap kepada pemberita pada sidang media kumpulan protem BERSATU Sarawak, semalam.
KAMI SOKONG: Affendi bercakap kepada pemberita pada sidang media kumpulan protem BERSATU Sarawak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia