Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain berbakat di EPL susut Southgate perlu cari pemain dari luar liga utama untuk skuad England

-

LONDON: Gareth Southgate mengakui bakat tempatan yang semakin susut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) boleh memaksanya untuk melihat di luar liga utama bagi mengisi skuad England pada masa depan.

Southgate sudah memilih skuad pertamanya sejak England mara ke peringkat separuh akhir Piala Dunia tatkala dia bersiap sedia untuk memulakan kempen kelayakan Euro 2020.

Selepas mereka bercakap dengan Southgate, pengurus pasukan England, dua bintang utama Gary Cahill dan Jamie Vardy telah mengetepik­an diri dari bola sepak antarabang­sa untuk memberi peluang kepada pemain lebih muda, manakala pemain veteran Manchester United Ashley Young turut diketepika­n.

Namun, ketika memilih kumpulanny­a untuk menentang Sepanyol dan Switzerlan­d pada bulan depan, Southgate melawan godaan untuk memanggil beberapa pemain muda yang memberangs­angkan.

Sebaliknya dia meratapi hakikat bahawa jumlah pemain England yang layak dalam EPL sudah menurun dan bercakap mengenai divisyen kedua sebagai satu cara untuk berpotensi menangani isu itu.

Penjaga gol Stoke, Jack Butland, mengekalka­n tempatnya walaupun pasukan The Potters turun ke liga bawah pada musim lepas dan Southgate berkata: “Saya tidak dapat menolak pemain dalam liga Kejuaraan sekarang kerana jumlah pemain kita semakin susut saban waktu.

“Terdapat begitu banyak perkara positif yang telah menyumbang kepada kedudukan kita sekarang. Namun masih ada hubungan ini antara 17 hingga 21 di mana jambatan ke bola sepak pasukan utama dan kuasa kewangan Liga Perdana mempunyai impak besar, sama seperti sifat pengurus yang berbahaya dalam liga utama khususnya.

“Jika kita menggalakk­an pemain muda untuk memasuki akademi, kita menjual impian kepada mereka dan terdapat unsur etika juga di sana.” — AFP

Jika kita menggalakk­an pemain muda untuk memasuki akademi, kita menjual impian kepada mereka dan terdapat unsur etika juga di sana. Gareth Southgate Pengurus pasukan England

 ??  ?? MOURINHO
MOURINHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia