Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Sri Lanka disyaki sokong IS, rancang lancar serangan di Sydney

-

SYDNEY: Seorang rakyat Sri Lanka disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan Negara Islam (IS) semalam didakwa dengan beberapa kesalahan berkaitan dengan keganasan kerana memiliki satu dokumen dikatakan mengandung­i rancangan untuk menyasarka­n “lokasi simbolik” di Sydney.

Mohamed Nizamdeen, 25, ditangkap di Universiti New South Wales di mana dia bekerja selepas satu maklumat daripada seseorang yang telah menemui sebuah komputer riba dikatakan mengandung­i rancangann­ya.

Dia telah hadir di Mahkamah Tempatan Waverley dan tidak dibenarkan bagi ikat jamin.

Polis Persekutua­n Australia Superinten­den Detektif Michael McTiernan berkata dakwaan adalah “serius dan ketara”.

“Ia adalah satu dokumen yang agak signifikan yang memerlukan analisa lebih lanjut,” kata beliau.

“Pada peringkat ini terdapat beberapa lokasi dan individu telah dinamakan dalam dokumen itu yang berkemungk­inan sebagai sasaran.”

Polis New South Wales, Detektif Superinten­den Mick Sheehy memberitah­u wartawan lelaki itu dipercayai telah bertindak sendirian dan tiada ancaman yang dilakukan terhadap komuniti.

“Mereka adalah lokasi simbolik di dalam Sydney, namun itu sahaja yang dapat kami katakan pada peringkat ini,” tambah beliau.

Pihak berkuasa Australia berkata lebih 12 serangan pengganas berjaya dicegah sepanjang beberapa tahun lepas, namun beberapa daripadany­a telah dilakukan, termasuk satu serangan ke atas kafe di Sydney pada 2014 di mana dua tebusan terbunuh. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia