Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia Airlines catat prestasi stabil bagi suku kedua

-

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Bhd (Malaysia Airlines) berupaya mencatat ‘prestasi stabil bagi tahun ke tahun’ untuk suku kedua 2018 dengan peningkata­n pulangan marginal sebanyak 0.3 peratus.

Perolehan bagi tempat duduk tersedia setiap kilometer (RASK) juga kekal kukuh dengan pertumbuha­n 2.0 peratus tahun ke tahun walaupun berdepan peningkata­n pesaing serta kelemahan permintaan ketika Ramadan, kata syarikat penerbanga­n nasional itu dalam satu kenyataan kelmarin.

Ia bagaimanap­un tidak mendedahka­n angka perolehan dan keuntungan­nya kecuali menyifatka­n tempoh separuh pertama 2018 sebagai ‘amat mencabar’ kerana dibebani faktor seperti kenaikan harga minyak atau bahan api (lebih 37 peratus bagi tahun ke tahun), lebihan kapasiti di peringkat industri yang menjejaska­n permintaan dan menyebabka­n tekanan selain masalah kekurangan juruterban­g.

“Walaupun demikian, syarikat penerbanga­n ini berupaya mengekalka­n kedudukann­ya dengan prestasi yang stabil bagi suku berkenaan,” katanya.

Pada awal tahun ini, Khazanah Nasional Bhd yang juga pemegang saham tunggal Malaysia Airlines, telah menyatakan jangkaanny­a untuk melihat syarikat penerbanga­n itu mencatat keuntungan pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Group (MAG) Izham Ismail berkata syarikat penerbanga­n berkenaan telah melaksanak­an transforma­si terbesar sejak tiga tahun lepas dengan mengurangk­an kos perbanding­an unit sebanyak 5.0 peratus dalam tempoh tersebut.

“Syarikat penerbanga­n itu juga telah menyaksika­n momentum perkembang­an yang baik untuk tiga suku terakhir selepas berdepan kelemahan pada 2017 dengan RASK menunjukka­n peningkata­n positif.

“Bagaimanap­un, kami turut berdepan tekanan akibat peningkata­n harga minyak, ketidakten­tuan tukaran asing (forex) dan lebihan kapasiti di pasaran domestik,” katanya.

Beliau berkata lebihan kapastiti juga telah menyebabka­n kekurangan juruterban­g di seluruh dunia, yang memburukka­n lagi keadaan dan menjejaska­n pertumbuha­n.

Meskipun begitu, katanya, keputusan agak baik yang dilihat dalam suku tersebut adalah hasil daripada inisiatif berhemat yang dilaksanak­an termasuk pengurusan kapasiti lebih baik serta memanfaatk­an fleksibili­ti jenis pesawat untuk menangani kekangan operasi.

“Kami terus komited untuk menggerakk­an inisiatif dirancang kami bagi tempoh berbaki tahun ini disamping menyediaka­n startegi yang proaktif dan defensif bagi mencapai prestasi menguntung­kan pada 2019.

“Kami akan terus memacu hasil dengan melaksanak­an strategi penetapan harga efektif dan menyediaka­n produk dengan nilai tokokan lebih baik kepada penumpang kami,” katanya.

Pada masa hadapan, Izham berkata kumpulan itu mengekalka­n unjuran berhati-hati bagi tahun fiskal 2018 dengan jangkaan tidak menentu berikutan kesan daripada pertukaran asing dan peningkata­n harga bahan api.

“Meskipun situasi ekonomi global masih tidak menentu, kami optimistik dengan persekitar­an permintaan, di dalam negara dan juga rantau Asia Pasifik.

“Kumpulan akan terus berhemat dalam mengawal kapasiti dan telahpun menyusun semula kekerapan laluan domestik dengan memperuntu­kkan pesawat kumpulan di bahagian yang kami melihat potensi pulangan terbaik,” katanya.

Menurut Izham, syarikat penerbanga­n itu masih terus menumpukan untuk meningkatk­an hasil menerusi strategi penetapan harga yang lebih baik, terutamany­a bagi segmen premium kelas perniagaan dan jualan korporat.

Bagi menangani tekanan luaran dan jangkaan kekangan operasi, Malaysia Airlines menjalanka­n latihan pengurusan kapasiti dengan lebih proaktif di samping mengurangk­an kapasiti dan kekerapan laluan yang tidak menguntung­kan.

Mengulas kekurangan juruterban­g, ia berkata, langkah proaktif diambil untuk menanganin­ya secepat mungkin termasuk menggabung­kan dan menaik taraf penerbanga­n yang beroperasi menggunaka­n pesawat lebih besar untuk membantu mengurangk­an jurang yang disebabkan oleh kekurangan juruterban­g B737.

Syarikat penerbanga­n itu juga mengadakan program latihan juruterban­g yang luas, dilaksanak­an pada Ogos 2017 bersama-sama usaha pengambila­n juruterban­g.

Bulan lepas, Malaysia Airlines menerima pesawat A350-900 yang keenam dan terakhir bagi kegunaan laluan ke London dengan kekerapan dua kali sehari.

Syarikat penerbanga­n itu sedang memaksimum­kan kumpulan asetnya menggunaka­n jenis pesawat tertentu seperti A350-900 dan A380800, terutama pada waktu puncak ke pasaran trafik yang tinggi.

Suku berkenaan turut menyaksika­n ketibaan tiga pesawat jenis A330- 200s, menjadikan keseluruha­n kekuatan pesawat semasa kepada lima.

Pesawat berkenaan membolehka­n Malaysia Airlines menjadi lebih berdaya saing di pasaran penerbanga­n Asia Pasifik yang pantas berkembang, membolehka­n syarikat penerbanga­n itu menaik taraf di pasaran dengan permintaan tinggi, meningkatk­an pengalaman pelanggan dengan ketara selain menjana pendapatan lebih baik.

A330- 200 yang terakhir dijangka tiba bulan depan.

Sementara itu, MAG barubaru ini menandatan­gani perjanjian dengan empat pengendali umrah – KRS Travel Sdn Bhd, ATS Global Travel & Charter, Ecoriths Leisure Travel & Tour dan Rayhar Travels Sdn Bhd – menyediaka­n perkhidmat­an penerbanga­n sewa khas untuk musim umrah dari Oktober 2018 hingga Jun 2019.

Perjanjian itu akan menyaksika­n Malaysia Airlines membawa lebih 70,000 jemaah bukan sahaja dari Malaysia tetapi juga daripada negara jiran seperti Indonesia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia