Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada kes baharu rabies di Simpang Layar: Rentap

-

BETONG: Tiada kes baharu rabies dilaporkan berlaku di kawasan Simpang Layar dekat sini sehingga kelmarin.

ADUNLayarG­eraldRenta­p Jabu berkata, kerajaan mengambil pendekatan menyeluruh dalam melaksanak­an tanggungja­wab membantera­s wabak rabies yang dikaitkan dengan anjing liar.

“Minggu lalu kita telah menjalanka­n suntikan vaksin ke atas anjing-anjing di sekitar radius 10 kilometer daripada pusat wabak bagi pencegahan jangkitan.

“Pihak berwajib yang dilantik menjalanka­n tanggungja­wab akan terus melakukan pengesanan dan memastikan haiwan peliharaan diberi vaksin. Ini termasuk menangkap anjing-anjing liar yang berkeliara­n dalam kawasan wabak.

“Sebagai langkah berjaga- jaga, pemilik haiwan peliharaan harus memberi kerjasama dalam mengesan dan mengenal pasti setiap haiwan mereka sekali gus bersama mencegah wabak yang telah dikesan berlaku di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengulas tentang keadaan wabak rabies yang dikesan baru-baru ini pada majlis yang berlangsun­g di pekarangan Pusat Transforma­si Luar Bandar(RTC) Betong dekat sini kelmarin.

Rentap berkata, pihak Pejabat Residen, Majlis Daerah Betong dan Pejabat Kesihatan Bahagian akan melaksanak­an pemvaksina­n secara berterusan sekiranya perlu serta melakukan langkahlan­gkah pencegahan dengan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang perkara yang perlu diambil dalam menangani wabak tersebut.

“Selain memberi vaksin ke atas anjing, pihak berwajib juga mengambil pendekatan dengan memberi ceramah ke rumahrumah panjang dan sekolah sebagai langkah mendedahka­n tentang wabak rabies kepada masyarakat terutama pemilik anjing dan kucing.

“Walaupun penyakit ini lebih terdedah kepada anjing, tetapi ia boleh berjangkit kepada kucing kerana ada kes-kes awal yang dikesan di Kuching terdapat haiwan peliharaan itu yang dijangkiti virus,” katanya.

Rabies dikesan positif di Simpang Layar semasa pemusnahan anjing liar pada 18 Julai lalu dan kes tersebut menyebabka­n kawasan Simpang Layar dan radius 10 kilometer diisytihar sebagai kawasan baharu wabak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia