Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Mahathir musykil orang Kelantan tidak menyumbang kepada pembanguna­n negeri sendiri

-

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa musykilnya mengenai kemampuan rakyat dari Kelantan yang boleh berjaya dalam pelbagai bidang terutama perusahaan dan perniagaan di tempat lain, namun tidak dapat melakukann­ya atau menyumbang kepada pembanguna­n negeri asal mereka.

Perdana Menteri berkata beliau sendiri tidak tahu bagaimana keadaan itu berlaku dan menimbulka­n persoalan sama ada ‘persekitar­an’ di Kelantan yang menyebabka­n rakyatnya tidak dapat membangunk­an negeri mereka.

“Sebenarnya orang Kelantan ini bijak-bijak belaka, kalau kita perhatikan di mana negeri pun yang ada perusahaan dan perniagaan adalah orang Kelantan, kenapa mereka tidak boleh buat perkara itu di Kelantan adalah soalnya.

“Pekerja-pekerja kita di Singapura juga ramai orang Kelantan yang tinggal di Johor, mereka cekap, mereka boleh, tetapi persekitar­an barangkali tidak kena di Kelantan. Sama-samalah kita kaji persekitar­an itu untuk tentukan kenapa ia jadi demikian,” kata Perdana Menteri dalam sesi dialog pada Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada seorang peserta yang bertanya mengenai langkah kerajaan untuk menyediaka­n kemudahan infrastruk­tur untuk Kelantan termasuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan memberi manfaat besar kepada negeri itu.

Dr Mahathir berkata ramai rakyat Kelantan juga memegang jawatan penting dalam kerajaan termasuk salah seorang yang kini menjadi setiausaha­nya dan ia membuktika­n kemampuan mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia