Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Mahathir lakukan lawatan rasmi ke Brunei Campur tangan hakim: Tindakan lanjut selepas selesai siasatan dalaman

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan melakukan lawatan rasmi dua hari ke Brunei bermula hari ini.

Kementeria­n Luar dalam kenyataan semalam berkata Mahathir akan diiringi isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah serta pegawai daripada Jabatan Perdana Menteri dan Kementeria­n Luar Negeri.

Ini adalah lawatan rasmi kedua Mahathir ke negara Asia Tenggara selepas Indonesia yang juga sebahagian daripada siri lawatan pengenalan beliau sejurus menyandang kembali jawatan Perdana Menteri pada 10 Mei lepas.

Semasa lawatan itu, beliau dijadual menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, disusuli Majlis Santapan Tengahari yang dihoskan baginda.

Perdana Menteri juga dijadual mengadakan perjumpaan bersama rakyat Malaysia di negara itu, kata kenyataan itu.

Wisma Putra berkata lawatan itu akan membuka peluang untuk kedua-dua pemimpin memperkasa hubungan dua hala dan kerjasama sedia ada, selain membolehka­n Malaysia mengetenga­hkan dasar terkini kerajaan dan pendirian negara, khususnya isu yang punya manfaat bersama.

Lawatan itu juga akan menyaksika­n kedua- dua pemimpin bertukar pandangan mengenai isu serantau dan global yang mempunyai kepentinga­n bersama, kata kenyataan itu.

Sultan Hassanal Bolkiah adalah ketua negara asing pertama yang mengadakan lawatan peribadi ke Malaysia bagi menyampaik­an ucapan tahniah ke atas pelantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Pada 2017, jumlah perdaganga­n dua hala antara kedua-dua negara mencatatka­n USD1.14 bilion, peningkata­n 70 peratus berbanding 2016.

Brunei adalah rakan dagang Malaysia yang ke-35 terbesar pada peringkat global dan yang ketujuh terbesar dalam kalangan negara ASEAN.

Di Bandar Seri Begawan, Timbalan Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia di Brunei, Rafedah Abdul Aziz berkata ramai rakyat Malaysia di sini cukup teruja dan tidak sabar untuk bertemu dengan Dr Mahathir.

Menurutnya, sebaik sahaja pejabatnya mengumumka­n berita lawatan itu kelmarin, sudah lebih 500 orang membuat pengesahan untuk menghadiri majlis perjumpaan dengan Perdana Menteri.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini semalam, beliau berkata ketika ini terdapat sekitar 30,000 rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai pekerja di negeri ini dengan kebanyakan­nya dalam bidang profesiona­l. — Bernama PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata tindakan selanjutny­a berhubung dakwaan campur tangan hakim kanan dalam dua kes berprofil tinggi di bawah pentadbira­n kerajaan sebelum ini, hanya akan diambil sebaik sahaja selesai siasatan dalaman oleh Pejabat Ketua Hakim Negara.

Dalam satu kenyataan di sini semalam, Liew, yang bertanggun­gjawab dalam undang- undang, berkata demikian ketika merujuk kepada dakwaan campur tangan oleh hakim kanan dalam penukaran agama satu pihak anak-anak M. Indira Gandhi dan kes hasutan bekas ahli parlimen, mendiang Karpal Singh.

Kelmarin, Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum dilaporkan berkata beliau mengambil maklum tentang dakwaan itu, dan siasatan dalaman sedang dijalankan selepas kenyataan media berkaitan kedua-dua kes itu dikeluarka­n.

Awal bulan ini, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer mendakwa beliau ditegur oleh seorang hakim kanan kerana menulis penghakima­n menentang, dua tahun lepas dalam kes penukaran agama satu pihak anak-anak Indira. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia