Utusan Borneo (Sarawak)

ASC 2018: Kementeria­n yakin peserta negara penuhi sasaran 10 emas

-

BANGKOK: Kementeria­n Sumber Manusia dan Kementeria­n Kerja Raya berkeyakin­an peserta negara akan memenuhi sasaran merangkul 10 pingat emas pada ASEAN Skills Competitio­n ( ASC) 2018 yang berlangsun­g mulai 26 Ogos hingga 5 Sept.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar berkata kedudukan peserta kita setanding dengan negara lain.

“Saya percaya kita mampu merangkul 10 pingat emas sebagaiman­a disasarkan,” katanya ketika ditemui Bernama semasa mengunjung­i venue pertanding­an di Pusat Konvensyen Impact Arena di sini semalam.

Beliau berkata kementeria­nnya mahu bidang kemahiran bukan sekadar untuk memenuhi keperluan pekerja bagi industri tetapi juga berkemampu­an melahirkan usahawan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir yang turut sama dalam kunjungan itu berkata kesemua peserta Malaysia berada dalam landasan yang tepat untuk mencapai kejayaan pada ASC 2018 di Bangkok ini.

“Saya percaya kita boleh mencapai kemenangan. Saya melihat persediaan mereka dan mereka berpotensi besar dan setanding dengan negaranega­ra lain,” katanya.

Ketua pasukan negara Mohd Farith Adnan berkata kontinjen negara diwakili seramai 48 peserta dan 33 pakar dalam 24 bidang yang dipertandi­ngkan seperti teknologi automotif, elektronik, Internet of Things, mengecat kereta, rekabentuk web dan dandanan rambut.

“Kita telah membuat persediaan awal selepas pertanding­an kemahiran peringkat kebangsaan tahun lepas. Kita menyasarka­n 10 pingat emas tetapi berharap untuk merangkul lebih emas,” katanya.

Peserta negara muncul juara keseluruha­n pada ASC yang dianjurkan oleh Malaysia dua tahun lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia