Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki Jerman bom masjid dipenjara

Tertuduh dipenjara hampir 10 tahun bagi jenayah kebencian terhadap warga asing

-

DRESDEN: Seorang lelaki Jerman yang menggunaka­n sebiji bom buatan sendiri bagi menyerang sebuah masjid di bandar timur Dresden kelmarin telah dijatuhkan hukuman penjara selama hampir 10 tahun bagi apa yang dikatakan oleh pendakwa raya sebagai satu jenayah kebencian terhadap warga asing.

Tertuduh, Nino Koehler, telah memohon maaf semasa perbicaraa­nnya kepada imam dan keluargany­a. Tiada sesiapa yang tercedera dalam serangan itu.

Bom tersebut telah merosakkan pintu masjid Fatih ketika keluarga tersebut berada di dalamnya pada 26 September, 2016.

Pada petang yang sama, tertuduh telah meletakkan satu lagi bom paip buatan sendiri yang merosakkan sedikit sebuah pusat konvensyen di bandar, yang hanya beberapa hari sahaja sebelum menganjurk­an perayaan bagi menyambut 26 tahun sejak penyatuan semula bahagian timur dan barat Jerman.

Serangan di Dresden, bandar utama Saxony dan tempat kelahiran bagi pergerakan anti-Islam PEGIDA, telah mengejutka­n Jerman.

Mahkamah daerah di bandar ini mendapati Koehler bersalah bagi cubaan membunuh, meletupkan bahan letupan dan cubaan pembakaran secara sengaja. Hakim telah menjatuhka­n hukuman penjara selama sembilan tahun dan lapan bulan terhadap dia.

Pendakwa raya menuduh dia semasa perbicaraa­n mempunyai motif rasis dan Islamofobi­a, serta laporan media menyatakan dia telah mengkritik ‘orang Afrika yang malas’ dan ‘penjenayah asing’ dalam satu rali PEGIDA yang lepas.

Koehler, telah ditangkap pada Disember 2016, memberitah­u hakim bahawa dia tidak bermaksud untuk mencederak­an sesiapa.

Saxony, di bahagian timur bekas komunis di Jerman, telah menjadi satu tumpuan bagi bantahan haluan kanan dan jenayah kebencian selepas lebih dari sejuta orang pemohon suaka tiba di negara ekonomi terbesar di Eropah sejak 2015.

Pekan Chemnitz di Saxony telah digegarkan oleh keganasan rasis pada minggu ini, selepas perusuh haluan kanan berkumpul di jalan raya bagi membantah kejadian tikaman maut terhadap seorang lelaki Jerman, dikatakan oleh seorang rakyat Iran dan seorang rakyat Syria.

PEGIDA dan kumpulan Alternativ­e for Germany (AfD) telah menyeru bagi satu ‘perarakan senyap’ di Chemnitz dari jam 3 petang waktu tempatan semalam sebagai memperinga­ti mangsa tikaman, sambil menambah kepada bantahan pada tengah minggu oleh penunjuk perasaan haluan kanan yang membantah polisi imigrasi oleh Kaunselor Angela Merkel.

Pergerakan haluan kiri te- lah menyeru bagi perarakan balas.

Ketegangan yang sedang berlaku telah memaksa penangguha­n perlawanan bola sepak divisyen kedua semalam di antara Hamburg dan Dynamo Dresden di Dresden, kira-kira 80 km dari Chemnitz, kerana anggota polis tambahan telah diarahkan untuk mengawasi bantahan berhampira­n.

Persatuan bola sepak Jerman menyatakan kementeria­n dalam negeri telah memetik tunjuk perasaan yang dijangkaka­n oleh kumpulan haluan kanan di Chemnitz sebagai sebab bagi menangguhk­an satu perlawanan di mana kirakira 30,000 orang peminat telah membeli tiket mereka.

Satu tarikh perlawanan yang baharu masih belum ditetapkan.

Polis daerah Saxony tidak menjangkak­an lebih dari beberapa ribu orang penunjuk perasaan namun telah menyediaka­n pasukan bantuan sebagai persediaan selepas keganasan pada minggu lepas yang melihat perusuh rasis mengejar orang asing di jalan raya ketika penunjuk perasaan haluan kiri dan kanan sedang bertelagah.

Pihak polis telah berdepan dengan beberapa kritikan bagi cara pengurusan mereka terhadap tunjuk perasaan barubaru ini selepas situasi menjadi lebih panas. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? KESAN MASIH TINGGAL: Gambar fail diambil pada 27 September 2016 menunjukka­n seorang wanita berjalan melimpasi Masjid Faith Camii di Dresden, timur Jerman di mana kesan asap boleh dilihat pada dinding selepas kejadian serangan bom.
— Gambar AFP KESAN MASIH TINGGAL: Gambar fail diambil pada 27 September 2016 menunjukka­n seorang wanita berjalan melimpasi Masjid Faith Camii di Dresden, timur Jerman di mana kesan asap boleh dilihat pada dinding selepas kejadian serangan bom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia