Utusan Borneo (Sarawak)

BERPEGANG SLOGAN ‘AGI IDUP AGI NGELABAN’

Atlet-atlet sukan bola sepak, futsal diingatkan sentiasa fokus dengan kemampuan hadapi SUKMA XIX Perak 2018

-

KUCHING: Atlet- atlet sukan bola sepak dan futsal diingatkan agar sentiasa berpegang teguh kepada slogan keramat ‘Agi Idup Agi Ngelaban’ sepanjang bertanding pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA XIX) Perak 2018 bulan ini.

Penolong Ketua Kontinjen ( ACDM) bagi kedua- dua acara tersebut, Fazzrudin Abdul Rahman berkata semua kontinjen berpeluang untuk menang dalam kedua- dua acara tersebut namun juara hanya akan menjadi milik pasukan yang benar-benar yakin dengan kemampuan mereka sendiri dan kekal fokus.

“Semua pemain telah berlatih dengan begitu gigih selama ini dan mendapat segala tunjuk ajar yang baik daripada jurulatih dan begitu juga pasukan-pasukan lain.

“Justeru, saya tidak melihat kita tidak berpeluang untuk menang. Apa yang penting semua pemain harus tunjukkan kepada lawan kekuatan dan kebolehan sebenar kita dan jangan tunduk kepada mereka.

“Jika kita mampu mengekalka­n fokus dan mengikut apa yang telah diajar oleh jurulatih, saya percaya Sarawak mampu meraih pingat dalam kedua-dua acara ini,” katanya pada majlis penyerahan bendera kontinjen skuad bola sepak dan futsal Sarawak di Pejabat Perbadanan Sukan Sarawak ( PSS), Stadium Sarawak di sini semalam.

Fazzrudin yang juga pengurus pasukan bola sepak Sarawak berkata, atlet-atlet sukan itu perlu berasa berbangga kerana terpilih mewakili Sarawak pada SUKMA kali ini.

Namun, tegasnya, ia akan menjadi lebih membang- gakan jika atlet-atlet dapat menyumbang pingat kepada kontinjen Sarawak nanti.

“Saya sedar cabaran yang bakal dihadapi atlet- atlet nanti namun pasukan-pasukan lain juga akan berdepan situasi sama.

“Segala cabaran itu tidak akan menjejaska­n persembaha­n kita jika semua pemain sentiasa fokus dengan misi utama memburu pingat,” katanya.

Sarawak akan menghantar pasukan futsal lelaki dan wanita pada SUKMA XIX Perak berlangsun­g dari 9 hingga 19 September di Manjung Indoor Sport Arena.

Manakala acara bola sepak paling awal membuka tirai pada 8 hingga 19 Sept e m - b e r deng a n Sarawak diundi dalam Kumpulan Kumpu A bersama tuan rumah ru Perak, Negeri Sembilan Se dan Perlis. Aca Acara bola sepak akan berlang berlangsun­g menggunaka­n empat e venue dengan perlawanan p bagi Kum Kumpulan A diadakan di Stadium St Majlis Perbandara­n ban Manjung. Kontinjen bola sepak s dan futsal berl lepas ke Perak pada 6 September ini. Hadir sama Ketua u Pegawai Eksekutif seku (CEO) PSS, Dr Ong Kong Swee, pengurus, penolong pengurus, p jurulatih serta baris barisan pemain.

Semua pemain telah berlatih dengan begitu gigih selama ini dan mendapat segala tunjuk ajar yang baik daripada jurulatih dan begitu juga pasukan

lain. ” pasukan Fazzrudin Abdul Rahman Penolong Ketua Kontinjen

 ??  ??
 ??  ?? SEMOGA BERJAYA:
SEMOGA BERJAYA:
 ??  ?? Fazzrudin (tengah), Ong (sembilan kiri), pengurus, penolong pengurus pasukan dan barisan pemain pada majlis is penyerahan bendera negeri semalam.
Fazzrudin (tengah), Ong (sembilan kiri), pengurus, penolong pengurus pasukan dan barisan pemain pada majlis is penyerahan bendera negeri semalam.
 ??  ?? Oleh Harry Ilias
Oleh Harry Ilias

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia