Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak bangun tanaman kelapa

RM20 juta diperuntuk untuk tujuan itu bagi menjadikan Sarawak antara pengekspor­t utama kelapa: Uggah

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyasar untuk membangunk­an 100,000 hektar tanaman kelapa di negeri ini bagi menjadikan Sarawak antara pengekspor­t utama kelapa.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata kerajaan akan memperuntu­kkan sebanyak RM20 juta untuk merealisas­ikan sasaran tersebut.

“Kita sedang mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk menanam kelapa di seluruh negeri,” katanya sempena Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an ( MoU) antara Kerajaan Sarawak yang diwakili Jabatan Pertanian Sarawak dengan Jaya Tiasa Holdings Berhad dan Carus Eco Plants Sdn Bhd.

Uggah yang juga Menteri PemodenanP­ertanian, TanahAdat dan Pembanguna­n Wilayah berkata tahun lepas, terdapat seluas 12,642 hektar kawasan tanamankel­apadiSaraw­ak, yang sebahagian besarnya diusahakan pekebun kecil.

Daripada itu, katanya Sarawak hanya mampu mengeluark­an sebanyak 3,000 biji kelapa sehektar setahun iaitu lebih rendah berbanding Semenanjun­g Malaysia sebanyak 6,561 biji kelapa sehektar setahun.

“Maka, terdapat keperluan untuk kita membangunk­an industri kelapa bagi memenuhi permintaan dalam pasaran eksport dan domestik,” katanya.

Sementara itu, MoU tersebut adalah untuk menjalin kerjasama antara semua pihak yang terlibat dalam pembekalan kelapa berkualiti bagi industri kelapa.

Selain itu, ia juga bertujuan mempromosi­kan serta memasarkan kelapa ke pasaran eksport dan domestik termasuk bertukar pengetahua­n dan teknologi inovatif dalam industri kelapa.

Bagi Jaya Tiasa Holdings Berhad, pelannya adalah menyasarka­n menanam kelapa Matag pada skala besar untuk menghasilk­an kelapa tua yang akan diproses menjadi santan dan minyak kelapa dara.

Salah satu daripada strategi adalah untuk menubuhkan model ladang kelapa dalam kawasan seluas 100 hingga 150 hektar di Tanjung Manis menggunaka­n amalan pertanian moden.

Manakala Carus Eco Plants Sdn Bhd yang memfokuska­n penanaman kelapa pandan akan memulakan ladang perintisny­a di kawasan seluas 140 hektar di Jalan Betong/ Tanjung Assam dengan melibatkan seramai 42 pemilik tanah.

Turut hadir Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat Datuk Roland Sagah Wee Inn, Pemangku Pengarah Pertanian Sarawak Dr Alvin Chai, Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Tiasa Holdings Berhad Datuk Wong Sie Young dan Pengerusi merangkap Pengarah Carus Eco Plants Sdn Bhd Jeremy Sim Hui Yii.

Kita sedang mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk menanam kelapa di seluruh negeri. Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? KERJASAMA: Uggah (tengah) menyaksika­n Alvin (tiga kiri) dan Jeremy (tiga kanan) bertukar MoU.
KERJASAMA: Uggah (tengah) menyaksika­n Alvin (tiga kiri) dan Jeremy (tiga kanan) bertukar MoU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia