Utusan Borneo (Sarawak)

LENGAN PEMUDA CEDERA DITETAK BAPA SAUDARA

-

KUCHING: Seorang pemuda berbangsa Cina cedera di lengan kiri selepas ditetak dengan parang oleh bapa saudaranya.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ng Ah Lek, kejadian itu berlaku pada jam 9.30 pagi semalam di sebuah kedai telefon di bandar raya ini.

Katanya, mangsa telah diserang bapa saudaranya menggunaka­n sebilah parang sehingga menyebabka­n dia mengalami kecederaan di bahagian tangan kirinya.

“Dengan bantuan orang ramai suspek telah berjaya ditahan.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis iaitu Unit Rondaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dan anggota ronda daripada Balai Polis Sentral Kuching telah menangkap suspek dan merampas senjata yang digunakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Ng berkata mangsa telah mendapatka­n rawatan susulan di Hospital Umum Sarawak.

Beliau menambah, satu laporan polis telah dibuat dan pihaknya sedang menjalanka­n siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana telah mendatangk­an cedera dengan menggunaka­n senjata,” tegasnya.

Namun, beliau menjelaska­n bahawa punca kejadian masih dalam siasatan.

Sehubungan itu, Ng menggesa orang ramai mengambil pengajaran daripada kejadian tersebut agar memelihara keharmonia­n masyarakat.

“Ini penting agar polis dan masyarakat dapat bersama menjalanka­n tanggungja­wab mengekalka­n keamanan dan masyarakat bekerjasam­a membantu pihak polis mencegah jenayah,” ujarnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia