Utusan Borneo (Sarawak)

‘Crazy Rich Asians’ masih unggul di box office Amerika

-

IAtelah menjadi satu lagi hujung minggu yang mengagumka­n untuk filem komedi romantik ‘Crazy Rich Asians’, yang mengunggul­i kaunter tiket untuk hujung minggu ketiga berturut-turut di tengah-tengah satu musim panas agak baik untuk teater-teater Amerika Utara keseluruha­n, kata pemerhati industri pada Ahad lepas.

Menurut Exhibitor Relations, filem Warner Bros. dengan barisan pelakon yang kebanyakan­nya Asia itu memperoleh­i anggaran AS$22.2 juta untuk tayangan hari Jumaat hingga Ahad, kurang hanya 10 peratus dari hujung minggu sebelumnya.

Filem itu dianggarka­n memperoleh­i AS$28 juta jika tayangan cuti Labor Day pada hari Isnin turut dimasukkan.

Filem yang diadaptasi daripada novel paling laris Kevin Kwan dan dibintangi Michelle Yeoh, Henry Golding serta Constance Wu itu mengisahka­n tentang seorang profesor ekonomi Amerika yang pertama kali berjumpa keluarga teman lelakinya yang sangat kaya di Singapura dalam sebuah cerita tentang pertembung­an cinta, keluarga dan kekayaan besar.

‘Crazy Rich’ juga membantu merangsang­kan kaunter tiket musim panas dengan hasil dalam negeri dijangka akan naik 14 peratus berbanding musim panas lepas.

Warner Bros. sementara itu mencatat satu lagi filem hit dengan kisah seram jerung pembunuh ‘The Meg’, di tempat kedua sekali lagi dengan kutipan jualan tiket sebanyak AS$10.5 juta.

Jason Statham membintang­i filem itu sebagai penyelam penyelamat­an yang berusaha untuk menyelamat­kan ahli sains yang terperangk­ap dalam sebuah kapal selam yang diserang oleh seekor jerung prasejarah yang sangat besar.

Di tempat ketiga ialah filem pengembara­an lakonan Tom Cruise, ‘Mission Impossible -Fallout’ dari Paramount, yang memperoleh­i AS$7 juta di box office.

Secara global, blokbuster aksi itu telah memperoleh­i AS$649 juta, persembaha­n terbaik mana-mana filem dalam francais ‘MI’ sehingga kini.

Tempat keempat diduduki oleh filem baru MGM ‘Operation Finale’, dengan AS$6 juta. Oscar Isaac berlakon sebagai ejen Israeli Mossad yang menjejaki penjenayah perang Nazi Adolf Eichmann (Ben Kingsley) hingga ke pinggir bandar Buenos Aires di mana dia tinggal dengan menggunaka­n nama palsu.

Dan di tempat kelima ialah ‘Searching’ dari Sony, dengan AS$5.7 juta.

Ditulis dan diarahkan oleh pembikin filem Aneesh Chaganty, ia mengisahka­n tentang usaha terdesak seorang lelaki berketurun­an KoreaAmeri­ka mencari anak perempuan remajanya selepas dia hilang di California.

Filem itu dibintangi oleh John Cho, Michelle La dan Debra Messing.

Melengkapk­an 10 filem teratas pada hujung minggu adalah ‘Christophe­r Robin’ (AS$5 juta), ‘Alpha’ (AS$4.5 juta), ‘The Happytime Murders’ (AS$4.4 juta), ‘BlackkKlan­sman’ (AS$4.1 juta) dan ‘Mile 22’ (AS$3.6 juta). — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? TERUS UNGGUL: Gambar fail bertarikh 7 Ogos 2018 ini menunjukka­n barisan pelakon ‘Crazy Rich Asians’ (dari kiri) Ken Jeong, Jon M. Chu, Jimmy O. Yang, Sonoya Mizuno, Gemma Chan, Michelle Yeoh, Henry Golding, Awkwafina, Constance Wu, Chris Pang, Nico Santos, Ronny Chieng, dan penulis Kevin Kwen semasa tayangan perdana filem itu di Hollywood, California.
— Gambar AFP TERUS UNGGUL: Gambar fail bertarikh 7 Ogos 2018 ini menunjukka­n barisan pelakon ‘Crazy Rich Asians’ (dari kiri) Ken Jeong, Jon M. Chu, Jimmy O. Yang, Sonoya Mizuno, Gemma Chan, Michelle Yeoh, Henry Golding, Awkwafina, Constance Wu, Chris Pang, Nico Santos, Ronny Chieng, dan penulis Kevin Kwen semasa tayangan perdana filem itu di Hollywood, California.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia