Utusan Borneo (Sarawak)

Aktiviti penyeludup­an di sempadan terus dibanteras

Kawalan pintu masuk dua negara diperkemas melibatkan pelbagai agensi penguatkua­saan

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Polis Sarawak akan terus bekerjasam­a rapat dengan penguat kuasa di Indonesia dalam membantera­s aktiviti penyeludup­an khasnya dadah di sempadan Malaysia-Indonesia di negeri ini.

Pengarah Integriti dan Pematuhan Standard Polis Diraja Malaysia ( PDRM) Datuk Zamri Yahya berkata, kawalan di setiap pintu masuk antara dua negara di Sarawak akan diperkemas­kan melibatkan usaha sama pelbagai agensi penguatkua­saan.

“Banyak aktiviti penyeludup­an dadah berlaku di sana ( pintu masuk sempadan), jadi kita akan pastikan setiap pintu masuk akan dikemaskan lagi oleh barisan hadapan kita melibatkan polis yang bertugas di sana termasuk bahagian narkotik dan kita akan meletakkan anggota PGA jika perlu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksika­n Majlis Serah Terima Tugas Bekas Ketua Pengarah Bahagian Perlindung­an Jabatan Perdana Menteri Datuk Azman Yusof yang kini dilantik sebagai Pesuruhjay­a Polis Sarawak baharu di Mes Pegawai Ibu

Banyak aktiviti penyeludup­an dadah berlaku di sana (pintu masuk sempadan), jadi kita akan pastikan setiap pintu masuk akan dikemaskan lagi oleh barisan hadapan kita melibatkan polis yang bertugas di sana termasuk bahagian narkotik dan kita akan meletakkan anggota PGA jika perlu. Datuk Zamri Yahya Pengarah Integriti dan Pematuhan Standard PDRM

Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini semalam.

Majlis menandatan­gani dokumen serah terima tugas itu disempurna­kan Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim yang sebelum ini dilantik sebagai pemangku Pesuruhjay­a Polis Sarawak ekoran persaraan Datuk Seri Amer Awal pada 19 Julai lalu.

Dalam pada itu Zamri berkata, usaha mendapatka­n maklumat dalang yang terlibat dalam aktiviti penyelupan dadah di sempadan juga akan dipergiatk­an menerusi kerjasama kedua-dua belah pihak.

Sehubungan itu, beliau ber- harap kepimpinan baharu polis Sarawak di bawah Azman dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi mengekang isu penyeludup­an dadah ke negeri ini.

“Kita juga akan terus bekerja rapat dengan pihak berkuasa Indonesia bagi mendapatka­n maklumat tentang siapakah yang terlibat dalam kes penyeludup­an itu dan kita akan ambil tindakan di sebelah sini untuk mengekang mereka daripada menyeludup dadah ke sana,” tambahnya.

Pada masa sama beliau mendedahka­n bahawa indeks jenayah di Sarawak setakat ini menunjukan penurunan se- banyak 383 kes dalam tempoh lapan bulan pertama mengikut perbanding­an antara tahun 2018 dan 2017.

“Menjadi harapan kita untuk melihat Sarawak terus dalam keadaan aman dan damai di bawah kepimpinan baharu ini dan saya berharap kadar jenayah ini dapat terus diturunkan ke arah yang lebih baik pada masa akan datang,” ujarnya.

Sementara itu, Azman ketika ditemui berkata polis Sarawak akan terus memastikan keadaan keselamata­n di negeri ini terus terjamin.

Malah, beliau menekankan aspek sumbangan tanggungja­wab sosial pihak polis terhadap masyarakat di Sarawak.

“Tanggungja­wab sosial pada hari ini amat diharapkan oleh rakyat daripada pucuk pimpinan, jadi dalam hal ini saya rasa ruang dan pel- uang perlu dilihat bagaimana sumbangan PDRM Sarawak terhadap tanggungja­wab sosial kepada rakyat Sarawak,” katanya.

Majlis itu turut menyaksika­n upacara serah terima tugas jawatan pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Sarawak antara Datin Nuraidah Abu Kassim dan Datin Fatimah Ismail yang disaksi Datin Dr Sazilah Ahmad Sarji.

 ??  ?? SERAH: Zamri (tengah) menyaksika­n upacara serah terima tugas Pesuruhjay­a Polis Sarawak baharu antara Azman (kanan) dan Dzuraidi.
SERAH: Zamri (tengah) menyaksika­n upacara serah terima tugas Pesuruhjay­a Polis Sarawak baharu antara Azman (kanan) dan Dzuraidi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia