Utusan Borneo (Sarawak)

Julaihi sokong penganjura­n kejohanan sukan di luar bandar

-

KUCHING: Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi menyokong penganjura­n kejohanan sukan di luar bandar dalam usaha melahirkan lebih ramai bakat baharu daripada kalangan penduduk di kawasan tersebut.

Beliau berkata, Kerajaan Sarawak sentiasa memberi sokongan untuk kemajuan sukan di luar bandar.

“Tahniah kepada penganjur kerana berjaya mengelolak­an pertanding­an badminton di kawasan Dewan Undangan Negeri Sebuyau ini sebagai landasan untuk menyerlah bakat dan ruang pengisian masa lapang yang bermakna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Pertanding­an Badminton Piala Datuk Julaihi di Dewan Pembanguna­n Sebuyau di sini kelmarin.

Pada masa sama Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Sebuyau berkata, sukan dapat menjadi asas merapatkan hubungan baik dalam kalangan generasi muda.

“Justeru, saya amat setuju dan menyokong penganjura­n Klinik Kejurulati­han Badminton di Sebuyau demi memajukan sukan di kawasan luar bandar ini,” tambahnya.

Selain itu, beliau menggesa penduduk kampung terutama anak muda memanfaatk­an kemudahan sukan yang disediakan kerajaan demi meningkatk­an kemahiran masing-masing dalam bidang sukan.

Tegasnya, adalah menjadi satu kerugian jika kemudahan sukan tidak dimanfaatk­an sebaik-baiknya.

“Oleh itu, belia perlu menggunaka­n kemudahan yang ada untuk kegiatan sukan yang dapat memberi manfaat kepada kamu,” ujarnya.

Dalam pertanding­an itu menyaksika­n pasukan Sekawan dari Sebuyau merangkul gelaran juara sekali gus membawa pulang wang tunai RM1,600 Piala Datuk Julaihi dan pingat.

 ??  ?? TAHNIAH: Julaihi menyampaik­an hadiah kepada juara Pertanding­an Badminton Piala Datuk Julaihi di Dewan Pembanguna­n Sebuyau sambil disaksikan pasukan pemenang lain.
TAHNIAH: Julaihi menyampaik­an hadiah kepada juara Pertanding­an Badminton Piala Datuk Julaihi di Dewan Pembanguna­n Sebuyau sambil disaksikan pasukan pemenang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia