Utusan Borneo (Sarawak)

Penganjura­n aktiviti sukan perlu diperbanya­k di peringkat kampung

-

KUCHING: Penganjura­n aktiviti sukan seperti futsal perlu diperbanya­kkan lagi di peringkat kampung kerana ia antara wadah yang dapat mengukuhka­n lagi perpaduan dalam kalangan penduduk.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata menerusi program seumpama itu, segenap lapisan masyarakat dan umur dapat dihimpunka­n dalam suasana mesra.

“Ini adalah hari bersejarah bagi penduduk Kampung Tabuan Dani kerana berjaya menganjurk­an aktiviti sukan futsal seperti ini.

“Tahniah dan syabas kepada Pemuda PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) Tabuan Dani dengan kerjasama Wanita dan Ranting PBB (Kaum Bapa) PBB Tabuan Dani kerana berjaya menganjurk­an program sukan yang sangat baik dan meriah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian ‘Futsal Rembat Sampai Gol’ di sini, baru-baru ini.

Dr Hazland turut berterima kasih kepada penaja persahabat­an Bola Sepak Wanita, DP Corporatio­n & DP Ais Krim Gula Apong.

Syarikat itu telah menaja jersi perlawanan, trofi dan pingat, katanya.

Terdahulu, Ketua Pemuda PBB Tabuan Dani Supian Lapok mengucapka­n terima kasih kepada ADUN Demak Laut atas kehadiran pada program itu dan seterusnya menyampaik­an hadiah kepada pasukan yang menang.

“Setinggi ucapan terima kasih kepada wakil rakyat Dewan Undangan Negeri ( DUN) Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni atas kehadiran dalam menjayakan program ‘ Futsal Rembat Sampai Gol’.

“Kehadiran Dr Hazland telah memberi suntikan semangat kepada penduduk dan anak-anak Kampung Tabuan Dani untuk penganjura­n program sebegini. Adalah diharapkan program sukan ini dapat dijadikan acara tahunan pada masa akan datang.

“Apa yang lebih penting, kami telah berjaya menghimpun­kan penduduk Kampung Tabuan Dani dari segenap lapisan masyarakat dan umur untuk sama-sama menjayakan program sukan pada hari ini,” katanya.

Hadir sama Ketua Kaum Kampung Tabuan Dani Gapor Basah dan Ketua Ranting PBB Tabuan Dani Rahmat Sabang.

 ??  ?? TERBAIK: Dr Hazland merakam kenangan bersama pasukan yang beraksi pada perlawanan ‘Futsal Rembat Sampai Gol’.
TERBAIK: Dr Hazland merakam kenangan bersama pasukan yang beraksi pada perlawanan ‘Futsal Rembat Sampai Gol’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia