Utusan Borneo (Sarawak)

Empat rumah panjang di Bekenu terima peruntukan daripada Rosey

-

MIRI: Sebanyak empat rumah panjang di kawasan Bekenu dekat sini menerima peruntukan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Bekenu Rosey Yunus bagi tujuan membaiki rumah panjang masing-masing.

Rumah panjang menerima bantuan itu ialah Rumah Selan Undau menerima RM50,000, Rumah Jelanggai Jantan (RM50,000), Rumah Maling Gundom (RM15,000) dan Rumah Sebastian Madang Unjong (RM30,000).

“Ini adalah sebahagian daripada bantuan berterusan daripada Kerajaan Sarawak untuk rakyat di kawasan saya sebagai usaha memberi persekitar­an kondusif dan lebih baik kepada rumah panjang di kawasan ini,” kata Rosey selepas lawatan ke rumah panjang tersebut semalam sambil diiringi ahli Wanita PBB Bekenu.

Menurutnya, Rumah Selan, Rumah Jelanggi dan Rumah Maling menerima peruntukan itu bagi tujuan memperbaik­i rumah panjang mereka.

Manakala bagi Rumah Sebastian Madang peruntukan itu digunakan membiayai projek membina benteng menahan hakisan tanah di belakang rumah panjang mereka.

Katanya, semua cek diserahkan kepada tuai rumah panjang masing-masing sambil disaksikan penduduk kampung dan wanita PBB.

Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak itu menggesa wakil-wakil rumah panjang supaya menggunaka­n geran tersebut dengan bijak memas- tikan ia memberi manfaat kepada semua penduduk rumah panjang.

Beliau menggesa semua penduduk rumah panjang terus menyokong Kerajaan Sarawak ketika ini dan sekarang banyak melakukan pembanguna­n untuk rakyat negeri ini seperti dapat diihat pencapaian­nya termasuk di luar bandar.

“Pelbagai pembanguna­n dibawa Kerajaan Sarawak selama ini dan rakyat harus berterima kasih kepada apa yang mereka terima dan nikmati,” katanya.

Sementara itu, Rosey berkata bantuan seumpama itu akan berterusan daripada kerajaan dan beliau terus berusaha melaksanak­an program pembanguna­n dan meningkatk­an taraf hidup rakyat di kawasan Bekenu.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Maling (duduk kiri) dari Kuala Niah menerima cek RM15,000 daripada Rosey sambil disaksikan penduduk rumah panjang dan ahli-ahli Wanita PBB.
TERIMA KASIH: Maling (duduk kiri) dari Kuala Niah menerima cek RM15,000 daripada Rosey sambil disaksikan penduduk rumah panjang dan ahli-ahli Wanita PBB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia