Utusan Borneo (Sarawak)

192 pelajar terima Baucar Bantuan Pakaian Seragam

-

BINTULU: Seramai 192 pelajar daripada 11 sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak menerima Baucar Bantuan Pakaian Seragam pada Majlis Penyampaia­n Bantuan Pendidikan Yayasan Sarawak di Dewan Utama, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemena di sini semalam.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri ( Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip berkata penyerahan bantuan itu khusus kepada pelajar memasuki tahun satu sekolah rendah dan pelajar memasuki tingkatan satu (sekolah menengah) tahun depan.

Katanya, pemberian bantuan itu memudahkan proses pembelian alat bantu belajar bagi pelajar yang layak sekali gus meringanka­n bebanan ibu bapa pada setiap permulaan sesi persekolah­an.

“Bantuan pendidikan seperti ini menunjukka­n keprihatin­an Kerajaan Sarawak terhadap permasalah­an serta keperluan rakyat khususnya ibu bapa dan penjaga bagi menangani kos sara hidup dan harga barang yang semakin meningkat,” katanya.

Jelas beliau, sekurangku­rangnya bantuan itu secara tidak langsung dapat menampung keperluan pembelian pakaian seragam sekolah, alat tulis dan buku pelajar.

“Saya berharap bantuan ini menjadi motivasi kepada pelajar menempuh alam persekolah­an peringkat awal serta berharap mencapai kecemerlan­gan dengan menimba ilmu sebaik mungkin seperti diharapkan ibu bapa mereka,” katanya.

Terdahulu, wakil Pengarah Yayasan Sarawak Ellen @ Manium Engang berkata mulai tahun ini kerajaan memperuntu­kkan baucar bernilai RM200 setiap satu kepada hamper 19,000 pelajar di seluruh Sarawak.

Jelasnya, setiap ibu bapa dan pelajar harus memastikan baucar yang diterima daripada Yayasan Sarawak ditukar dengan pakaian seragam sekolah yang sama nilainya dengan baucar RM200 itu.

Katanya jangan terima jika penjual menawarkan harga tidak berbaloi dengan nilai baucar dan sebaik-baiknya pergi ke kedai lain yang memberikan tawaran lebih baik.

“Dengan nilai baucar RM200 pelajar boleh dapat pakaian sekolah sekurang-kurangnya dua atau tiga pasang dengan kualiti lebih baik serta keperluan-keperluan persekolah anak-anak,” jelasnya.

Ellen berkata, terdapat kirakira 70 kedai atau premis perniagaan di seluruh Sarawak sanggup menerima baucar bantuan kerajaan lain dan bagi daerah Bintulu kedai atau premis menerima baucar ini ialah Jun Rong Bintulu dan MC Mart Bintulu. Hadir sama Pegawai Daerah Bintulu Mataip Sayu, wakil Residen Bahagian Bintulu Edward Tawang dan Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu Fred Entau.

BANTUAN: Talib menyampaik­an baucar bantuan kepada wakil penerima salah sebuah sekolah di kawasan DUN Jepak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia