Utusan Borneo (Sarawak)

Persatuan, kelab di DUN Serembu perlu agresif dekati belia, remaja

-

BAU: Persatuan dan kelab di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serembu perlu agresif mendekati golongan belia dan remaja bagi menarik mereka terlibat dalam aktiviti kemasyarak­atan dan sukan.

AhliDewanU­ndanganNeg­eri (ADUN) Serembu Miro Simuh berkata, langkah berkenaan perlu bagi memastikan golongan belia tidak terjerumus dengan gejala sosial yang tidak sihat.

Menurutnya, usahamende­kati golongan belia itu juga harus dijalankan secara berterusan bagi memupuk minat dalam diri kumpulan berkenaan untuk terlibat dalam aktiviti sukan dan kemasyarak­atan.

“Pada sama sama, semua persatuan atau kelab perlu memperting­katkan aktiviti dan program untuk mendekati masyarakat terutama golongan belia serta remaja di kawasan Serembu.

“Kita tidak boleh menafikan peranan golongan belia dan remaja muda kerana mereka merupakan penentu kepimpinan negara pada masa akan datang dan tentunya setiap persatuan dan kelab mempunyai strategi yang bijak bagi memikat golongan terbabit,” katanya pada majlis ulang tahun ke-2 Kelab Sukan Rekreasi Krokong (KSRK) di Dewan Krokong di sini kelmarin.

Sementara itu, Miro memberitah­u, pendekatan yang lebih konkrit perlu dilakukan bagi menangani pelbagai isu golongan belia dan remaja supaya mereka tidak terus terbiar tanpa bimbingan dan panduan.

Jelasnya, langkah segera perlu dicari bagi mendekati golongan terbabit serta mengenal pasti keperluan mereka melalui program-program yang dapat menarik minat kumpulan sasaran berkenaan.

“Justeru, setiap kelab atau persatuan di Serembu perlu aktif kerana faktor ketiadaan program juga boleh menjadi antara sebab golongan tersebut tidak mendapat maklumat mengenai sesuatu isu.

“Disebabkan itu mereka mudah beralih pandangan kerana tidak mendapat gambaran sebenar mengenai sesuatu perkara yang kurang difahami,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap setiap kelab atau persatuan mendekati golongan berkenaan dengan mengadakan pelbagai program dan aktiviti berkaitan.

Dalam majlis sama, Miro turut mengumumka­n geran projek kecil luar bandar (MRP) sebanyak RM5,000 kepada KSRK bagi menganjurk­an aktiviti atau program mereka.

Sebelum ini, Miro juga telah meluluskan geran projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) sebanyak RM100,000 untuk pembinaan pentas gelanggang futsal di Krokong dan sejumlah RM10,000 daripada geran MRP bagi kerja baik pulih padang bola sepak Krokong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia