Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan agresif pastikan kelestaria­n industri kayu Ia dilaksana menerusi agensi pelaksana iaitu Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak: Awang Tengah

- Oleh Henrietta Liza

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengambil langkah agresif dalam melaksanak­an Pelan Transforma­si Industri Kayu untuk memastikan kelestaria­n industri berkenaan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dalam kenyataan yang dibacakan Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais menambah bahawa ia dilaksanak­an menerusi agensi pelaksana iaitu Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA).

“Menyedari betapa pentingnya industri balak yang bermutu tinggi dalam industri kayu Sarawak, kerajaan telah mengambil langkah melaksanak­an Pelan Transforma­si Industri Kayu untuk memastikan industri balak yang lestari.

“Inisiatif itu diambil untuk memastikan industri kayu akan terus meningkat bagi menjana hasil pendapatan bagi Sarawak melalui aktiviti perkilanga­n kayu.

“Rancangan ini adalah untuk mengubah struktur industri balak semasa yang bergantung sepenuhnya kepada eksport produk kayu primer dan sekunder kepada produk kayu bernilai tinggi menjelang 2030.

“Sasarannya adalah untuk mencapai sasaran pendapatan eksport sebanyak RM6 bilion produk perabot menjelang 2030,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam

Ulang Tahun Ke-25 Persatuan Industri Perabot Sarawak (SFIA) 2018 di sini kelmarin.

Sektor industri balak terus memainkan peranan yang signifikan dalam pembanguna­n sosioekono­mi Sarawak.

Ia kekal sebagai penyumbang utama dalam ekonomi Sarawak menerusi pertukaran asing dan merupakan sumber eksport keempat terpenting selepas gas asli cecair (LNG), petroleum dan produk berasaskan petroleum serta minyak sawit.

Pada 2017, Sarawak men- catat eksport balak dan produk balak berjumlah RM6.13 bilion.

Eksport utama produk balak adalah papan lapis berjumlah RM3.27 bilion iaitu 53 peratus daripada jumlah keseluruha­n eksport diikuti kayu balak RM1.21 bilion (20 peratus), kayu bergergaji RM803 juta (13 peratus) dan papan gentian RM308 juta (5 peratus).

Eksport perabot Sarawak didaftarka­n berjumlah RM47 juta berbanding RM43 juta pada 2016.

Justeru Kerajaan Sarawak tegasnya, menyokong sepenuhnya pembanguna­n dan pertumbuha­n industri perkayuan di Sarawak untuk faedah rakyatnya.

Pelan sedang dilaksanak­an untuk memacu pertumbuha­n industri perkayuan.

Pelan transforma­si PUSAKA juga memfokuska­n kepada penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) penggunaan kayu, peningkata­n pemasaran di peringkat antarabang­sa, memudahkan mendapat bekalan bahan mentah termasuk bahan alternatif, membangunk­an program utama dan pembinaan kapasiti itu termasuk pereka perabot muda yang terlatih.

Selain membangunk­an makmal ujian perabot, studio reka bentuk dan membangunk­an kerjasama teknikal dengan sektor swasta dan institusi yang lebih tinggi di peringkat tempatan dan antarabang­sa adalah antara inisiatif PUSAKA memajukan industri hiliran itu di Sarawak.

“Saya berharap ahli SFIA mengambil kesempatan ini bekerjasam­a rapat dengan kerajaan untuk memastikan industri itu menampakka­n kejayaan dan pertumbuha­n industri perabot yang sihat.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan bahawa Kerajaan Sarawak sedang mengkaji semula dasar industri hutan dan kayu yang akan membantu dalam meningkatk­an pembanguna­n nilai tambah industri perkayuan di Sarawak.

Turut hadir Presiden SFIA Lai King Min, Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii, Setiausaha Politik Ketua Menteri Tan Kai yang mewakili Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian, wakil Presiden Majlis Perabot Malaysia Albert Khoo dan pengerusi penganjur SFIA 2018 Lee Nyuk Min.

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? KENANGAN: Naroden (tengah, depan) bergambar bersama anggota SFIA dan kenamaan lain pada Majlis Makan Malam Persatuan Industri Perabot Sarawak 2018 di Kuching kelmarin.
KENANGAN: Naroden (tengah, depan) bergambar bersama anggota SFIA dan kenamaan lain pada Majlis Makan Malam Persatuan Industri Perabot Sarawak 2018 di Kuching kelmarin.
 ??  ?? ALBUM: Halim (tengah, depan) bersama tetamu jemputan dan para peserta program merakam kenangan bersama baru-baru ini.
ALBUM: Halim (tengah, depan) bersama tetamu jemputan dan para peserta program merakam kenangan bersama baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia