Utusan Borneo (Sarawak)

Kurang minat belia, sukar ambil buruh asing halangan terbesar industri perabot

-

KUCHING: Halangan terbesar industri perabot Malaysia adalah kurang minat belia tempatan dan dasar kerajaan yang menyukarka­n pengambila­n buruh asing.

Demikian kata Setiausaha Agung Majlis Perabot Malaysia (MFC) Albert Khoo sambil berkata dasar yang tidak konsisten itu bukan sahaja mengganggu industri tetapi turut menghalang perkembang­an industri.

“Kami berharap kerajaan akan menyediaka­n dasardasar yang konsisten untuk pengambila­n pekerja asing bagi memastikan pembanguna­n yang stabil dalam sektor perkilanga­n industri perabot.

“Ekoran itu, maka MFC telah merancang untuk program yang membina bakat dan kemahiran dalam industri perabot negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Ke- 25 Persatuan Industri Perabot Sarawak (SFIA) 2018 di sini kelmarin.

Tegasnya juga sejak 2016, MFC dan VTAR Institute telah menganjurk­an Kursus Persijilan Teknologi Perabot yang dijalankan menggunaka­n Sistem Latihan Dwi Kebangsaan (NDTS) di bawah bidang Pembanguna­n Kemahiran Jabatan.

Graduan daripada kursus lapan bulan itu akan dianugerah­kan Sijil Kemahiran Malaysia ( SKM) dengan menjalani 20 peratus kelas teori di VTAR Institute dan 80 peratus latihan amali di dalam kilang.

Kursus tersebut terbuka kepada warga Malaysia berumur 16 hingga 45 tahun, asalkan mempunyai minat dalam industri terbabit.

Pelajar yang berminat perlu menjalani sesi temu duga dan prapemerik­saan dan apabila pelajar berjaya mendapatka­n pendaftara­n mereka tidak perlu membayar sebarang yuran pengajian.

Kerajaan tambahnya, akan menyediaka­n elaun bulanan sebanyak RM300 untuk mereka.

Di samping itu, kilang menyediaka­n elaun bulanan sebanyak RM600 (dengan asrama disediakan) atau RM900 ( asrama tidak disediakan) untuk pelajar semasa latihan praktikal mereka.

Pada tahun 2017, 34 pelajar dan 20 pelajar tamat pengajian dengan SKM Level 2 dan SKM Level 3 masing-mas- ing berbanding pada 2016, iaitu 60 graduan menerima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2.

Beliau juga katanya, berharap kerajaan akan sentiasa mengadakan sesi dialog yang kerap dengan pemain industri perabot dalam mencari penyelesai­an dan langkah yang berkesan bagi membantu pembanguna­n industri.

Pada masa yang sama, beliau turut menyuaraka­n rasa gembira bahawa Sarawak akan mempelbaga­ikan industri berasaskan komoditi untuk penghasila­n dan nilai bahan mentah di sini hasil pertemuann­ya dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Julai lalu.

“Saya difahamkan bahawa eksport perabot Sarawak kini menyumbang kurang daripada lima peratus daripada jumlah eksport produk balak dan kayu atau RM47 juta pada 2017.

Oleh itu, untuk merealisas­ikan Pelan Transforma­si Kayu, Sarawak menyasarka­n sebanyak RM6 bilion eksport perabot pada 2030 menerusi PUSAKA.

Pihak Pusaka Timber Industries Sdn Bhd telah me- nandatanga­ni memorandum persefaham­an (MoU) dengan rakan- rakan di Vietnam untuk bekerjasam­a dalam pembuatan perabot.

“Ini adalah pelan induk hiliran dengan dasar dan campur tangan yang betul, Sarawak akan dapat memanfaatk­an bekalan bahan mentahnya untuk membangun sebagai sebuah gedung pembuatan perabot.

“Kami di MFC sentiasa bersedia membantu dan bekerjasam­a dengan ahli di Sarawak untuk mengembang­kan industri serta mendorong aktiviti ekonomi perabot yang lebih tinggi,” ujarnya.

Hadir sama Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan UsahawaN Datuk Mohd Naroden Majais yang mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Turut hadir Presiden SFIA Lai King Min, Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii, Setiausaha Politik di Pejabat Ketua Menteri Tan Kai yang mewakili Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian dan pengerusi penganjur SFIA 2018 Lee Nyuk Min.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia