Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 61 peserta telah menerima sijil OSH-C

-

KUCHING: Seramai 61 peserta telah menerima sijil ‘Occupation­al Safety and Health Coordinato­r’ (OSH-C) pada majlis penghargaa­n berserta sesi dialog bersama Persatuan Industri Kecil Sederhana Sarawak dan bengkel senarai semak ‘Occupation­al Safety and Health Workplace Assessment’ (OSHWA) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) baru-baru ini.

Ia merupakan majlis anjuran Jabatan Keselamata­n Kesihatan Pekerjaan Sarawak, Kementeria­n Sumber Manusia di bawah kelolaan Seksyen Industri Kecil dan Sederhana JKKP Sarawak.

Menurut kenyataann­ya semalam, syarikat Yung Kong Metal Works Sdn Bhd telah terpilih sebagai Best Practice in OSH 2017 di Sarawak.

Pengarah Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Sarawak Dr Nor Halim Hasan telah menyempurn­akan majlis yang dihadiri sama Timbalan Pengarah Operasi Mut Sagai.

Tempat kerja yang telah terpilih untuk menyertai Program Dana Perkeso-Lean Production dan 5s bersama Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) 2018 dimenangi Stampin Confection­ary Sdn Bhd dan Hai Ming Paper Mills Sdn Bhd.

Turut hadir wakil Persatuan-Persatuan Industri Kecil Sederhana Sarawak yang lainnya seperti Federation of Malaysian Manufactur­ers (FMM), GIATMARA dan SME Corp.

Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Sarawak juga hadir dan MPC hadir sebagai penceramah tajuk ‘Lean Production’ dan membuka ruang pameran.

Sijil Occupation­al Safety and Health Coordinato­r (OSH-C) 2018 telah disampaika­n kepada wakil kilang untuk Best Practices 2017, wakil kilang untuk Program Compliance Support dana PERKESO-Lean & 5s bersama MPC dan wakil persatuan-persatuan IKS.

Terdapat pembentang­an tajuk HIRARC oleh wakil OSH-C 2018 serta perkongsia­n pengalaman dan amalan terbaik KKP di tempat kerja oleh wakil OSH-C 2017 bertajuk ‘Setahun Selepas Menjadi OSH-C) dan sesi dialog bersama wakil PersatuanP­ersatuan IKS Sarawak.

Sesi petang pula diisi dengan slot bengkel bertajuk pengenalan kepada borang senarai semak ‘OSHWA Occupation­al Safety and Health Workplace Assessment’ oleh pihak JKKP.

OSHWA merupakan borang senarai semak yang dibangunka­n oleh jabatan bagi tujuan audit kendiri majikan di tempat kerja.

Borang senarai semak tersebut boleh diisi secara talian melalui sistem taliaan myKKP jabatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia