Utusan Borneo (Sarawak)

PRN12: GPS mungkin mengalami nasib sama seperti UMNO

-

SIBU: Gabungan Parti Sarawak ( GPS) mungkin mengalami nasib sama seperti UMNO sekiranya pendekatan kempen Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu diterima baik oleh rakyat Sarawak.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata antara kejayaan Pakatan Harapan (PH) pada PRU14 lalu melalui pendekatan kempen yang begitu saintifik berasaskan data.

Beliau menjelaska­n, pendekatan berasaskan akar umbi itu melibatkan pemungguta­n data dan memahami isu rakyat sesebuah kawasan.

Katanya, pendekatan ini bukan sahaja berjaya menembusi kubu kuat UMNO di beberapa negeri di Semenanjun­g Malaysia seperti Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak malah turut membentuk kerajaan negeri.

Justeru, ia akan digunakan PKR untuk menentang GPS terutama di kawasan luar bandar pada Pilihan Raya Negeri Ke- 12 ( PRN12) yang dijangka diadakan pada 2021.

“Di Semenanjun­g Malaysia saya menghabisk­an masa satu tahun mengumpul data.

“Bagi Sarawak, kita mesti mengamalka­n pendekatan baharu dan bukannya menggunaka­n kaedah konvension­al berkempen di kawasan luar bandar.

“S e b a b i t u , s a y a menyaranka­n rakan-rakan di Sarawak supaya menggunaka­n kempen yang saintifik berasaskan data yang kita gunakan di Semenanjun­g Malaysia.

“Jadi, kita mula menumpu mengumpul data memahami apa isu, pandangan dan orientasi politik pengundi atas pagar di Sarawak seperti mana kita lakukan di negerinege­ri lain.

“Sekiranya kita mengikut dengan konsisten, tiada apa dapat menjadikan GPS begitu kebal.

“Saya fikir tiada mana-mana parti begitu kebal dengan syarat kita bekerja keras semasa turun padang,” katanya pada sidang media pada Forum Reformasi 20 Tahun di sini malam kelmarin.

Rafizi yang juga calon Timbalan Presiden PKR berkata demikian selepas ditanya sama ada PH Sarawak mampu menembusi kubu kuat GPS di negeri ini.

Beliau beranggapa­n tempoh dua tahun adalah masa terbaik PKR berjumpa dengan pemimpin akar umbi di Sarawak supaya memberi fokus mengambil pendekatan serupa seperti di Semenanjun­g Malaysia.

“Saya yakin, itu sudah lebih memadai untuk kita menembusi kawasan kubu kuat GPS di Sarawak,” katanya.

Ahli Parlimen Julau Larry Sng yang hadir pada sidang media itu turut menjawab pertanyaan pemberita mengenai pembahagia­n kerusi antara parti dalam PH pada PRN12 akan datang.

“K i t a b e l u m membincang­kan lebih lanjut perkara ini sehingga kita duduk semeja bersama DAP dan parti pakatan lain di Sarawak.

“Berapa cepat? Kita masih ada dua tahun sebelum PRN12,” jawab beliau.

Hadir sama Ahli Parlimen Selayang William Leong dan Ahli Parlimen Sungai Siput S Kesavan.

 ??  ?? DISAMBUT MERIAH: Rafizi disambut meriah ahli-ahli PKR di Sibu semasa tiba menghadiri Forum Reformasi 20 Tahun malam kelmarin.
DISAMBUT MERIAH: Rafizi disambut meriah ahli-ahli PKR di Sibu semasa tiba menghadiri Forum Reformasi 20 Tahun malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia