Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan persekutua­n PH gagal memulihkan MA63: Rapelson

-

SIBU: Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) boleh menjadi ‘perahu’ besar kepada masyarakat Dayak dalam politik berbanding mereka sebelum ini yang banyak menjadi ahli kepada parti politik bangsa lain.

Pengerusi bagi kawasan wilayah tengah, Julius Enchana berkata sekarang sudah tiba masanya masyarakat Dayak memiliki parti sendiri dan harus dianggotai masyarakat itu sendiri.

“Kita tidak boleh selalu menjadi ‘pendayung’ kepada ‘perahu’ parti orang lain.

“Oleh itu, PBDS ditubuhkan bagi membolehka­n kita mempunyai ‘ perahu’ sendiri dikemudika­n oleh orang Dayak sendiri,” katanya berucap pada Program Randau PBDS dan Parti Sarawak Baru (SB) di Rumah Peter Sayong, Sungai Durin, Sabtu lalu.

Beliau berkata, bangsa Dayak yang tinggal di Dewan Undangan Negeri ( DUN) Dudong harus mengubah pemikiran mereka tentang hala tuju politik kepada satu landasan sesuai iaitu PBDS.

Jelasnya, PBDS boleh menjadi suara kuat kepada bangsa Dayak menyalurka­n masalah kerana selama ini suara Dayak agak kurang didengari menerusi parti-parti tertentu.

“Justeru, pentingnya kita bersatu melalui satu parti sahaja iaitu PBDS agar Dayak nampak lebih kuat dalam politik seandainya kita semua bergabung.

“Perubahan landskap politik Dayak amat diperlukan sekiranya kita mahu melihat PBDS kuat dan disegani seperti dahulu,” jelasnya.

PBDS merupakan komponen SB meletakkan calonnya di konstituen­si DUN Dudong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang dan di DUN lain.

Selain PBDS, SB dianggotai Parti Pekerja Sarawak (SWP), Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) dan Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR).

Dikhabarka­n SB sudah mula bersedia menghadapi PRN akan datang dengan mengadakan mesyuarat pengagihan 82 kerusi di antara mereka.

Mengenai PBDS dikhabarka­n meletakkan calonnya di DUN Dudong, Tuai Rumah Peter bersetuju mengenai perkara itu.

“Kerusi DUN Dudong sudah lama diwakili bangsa lain dan sekarang sudah tiba masanya kita mahu melihat orang Dayak mewakili kita.

“Pada PRN Ke-12 akan datang kita di Sungai Durin harus berfikir sedalam-dalamnya mengenai perubahan landskap politik sekarang,” katanya.

Hadir sama Timbalan Presiden SWP Engga Unchat, Pengerusi PBDS Kapit Mejar (B) Moses Ripai, Mengga Mikui (Selangau), Anjie Seli ( Pasai Siong), John Siang (Pasai Bon) dan wakil TERAS Pasang Ngelambai. KUCHING: Parti Bansa DayakSaraw­akBaru(PBDSB) berkata kerajaan persekutua­n, Pakatan Harapan (PH) gagal memulihkan MA63 yang diperjuang­kan ramai rakyat Sarawak.

Ketua Pemuda PBDSB Rapelson Richard Hamit berkata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli gagal memenuhi janji yang dibuat terdahulu.

“Tetapi berani pula mengeluark­an kenyataan mahu memenangi 18 kerusi pada Pilihan Raya Negeri ( PRN) akan datang di Sarawak.

“Seperti yang dilaporkan di dada akhbar tempatan di sini, PKR mesti memenangi sekurang- kurangnya 18 kerusi dalam PRN untuk mengambil alih sebagai Kerajaan Sarawak yang baharu,” katanya dalam kenyataan akhbarnya semalam.

Katanya PH merupakan kerajaan persekutua­n tidak berbeza daripada Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Putrajaya, sama ada yang diperintah oleh BN atau PH, mereka sebenarnya tidak mempunyai keinginan untuk mematuhi MA63 dan mengembali­kan hak mereka kepada Sarawak.

“Mereka (kerajaan PH atau Putrajaya) gagal memenuhi sepenuhnya manifesto pilihan raya yang lalu seperti 10 janji dalam 100 hari memulihkan hak Sarawak dan Sabah seperti MA63, royalti minyak dan gas 20 peratus kepada Sabah dan Sarawak dan lain-lain. Mereka telah mengkhiana­ti orang Sarawak,” tambahnya semalam.

Justeru, rakyat Sarawak dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mesti bersatu di bawah satu bumbung dengan parti pembangkan­g dari Sarawak bagi memperjuan­gkan hak Sarawak.

Kini muncul Sarawak Baru sebagai pilihan untuk parti pembangkan­g Sarawak memperjuan­gkan status dan hak Sarawak daripada Putrajaya, tegasnya.

“Mereka ( kerajaan p e r s e k u t u a n ) p e r l u melakukann­ya sekarang ( memulihkan hak- hak Sarawak di bawah MA63).

“J a n g a n t u n g g u sehingga tahun 2021 untuk memanfaatk­annya sebagai umpan kepada pilihan raya sekali lagi di mana janji-janji itu tidak akan dipenuhi seperti dilakukan BN,” tambahnya.

“Apabila PKR berada di kedua- dua kerajaan persekutua­n dan Kerajaan Sarawak, kita boleh berunding dengan lebih baik berkenaan status dan hak Sarawak,” kata Rafizi ketika berada di Kuching baru-baru ini.

Menurut Rapelson ia merupakan umpan yang secara tidak langsung adalah rundingan bagi presiden parti akan datang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia kelapan.

 ??  ?? SERTAI KAMI: Julius (tujuh kiri) menyerahka­n borang menjadi ahli parti kepada Tuai Rumah Peter pada Program Randau PBDS dan SB di Sungai Durin, Sabtu lalu.
SERTAI KAMI: Julius (tujuh kiri) menyerahka­n borang menjadi ahli parti kepada Tuai Rumah Peter pada Program Randau PBDS dan SB di Sungai Durin, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia