Utusan Borneo (Sarawak)

Pantau penjualan aksesori seks dalam media sosial Tinjauan mendapati peniaga semakin berani jual aksesori seks tanpa mengetahui latar belakang, umur pembeli

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Pemantauan terhadap penjualan aksesori seks secara terbuka dalam media sosial seperti Facebook, Wechat dan sebagainya perlu dilakukan segera.

Tinjauan dalam laman sosial berkenaan mendapati peniaga semakin berani menjual aksesori seks tanpa mengetahui latar belakang dan umur pembeli.

Paling mengejutka­n, peniaga mempromosi dan menjual barangan seperti alat sulit tiruan lelaki dan wanita, produk membesarka­n zakar, ‘ ubat kuat’, kondom dan sebagainya.

Seorang pengguna aplikasi Wechat berkata ramai peniaga tidak kira lelaki atau wanita dikesan mempromosi­kan penjualan barangan seks.

“Mereka sering memuat naik gambar- gambar barangan seks di status mereka semata-mata untuk menarik pelanggan pelbagai peringkat usia,” katanya.

Menurut pengadu, peniaga juga menggunaka­n gambar berpakaian seksi dan menjolok mata untuk meyakinkan pelanggan.

“Sekiranya penjualan barangan seks secara terbuka ini tidak dipantau kita bimbang ramai generasi muda membeli dan mencuba dengan pasangan mereka,” katanya.

Pengadu mendedahka­n bahawa proses pembelian dilakukan atas talian iaitu menghubung­i peniaga dan penghantar­an dilakukan menerusi khidmat kurier.

“Kebiasaany­a peniaga meletakkan nombor telefon mereka bersama gambar produk aksesori seks untuk memudahkan tempahan daripada pembeli,” katanya.

Proses jual beli dilakukan atas talian menerusi akaun bank peniaga dan proses penghantar­an pula dilakukan menggunaka­n khidmat kurier.

“Sebagai netizen, kita mahu agensi kerajaan berkaitan memantau aktiviti penjualan aksesosi seks ini dalam laman

Pengguna Wechat

sosial.

“Peniaga seolah-olah tidak takut malah berani memuat naik gambar produk seks atau ubat kuat demi mendapatka­n keuntungan,” jelasnya.

Malah, lambakan jualan aksesori seks ini dalam media sosial seolah- olah menunjukka­n tiada undangunda­ng diperketat bagi mengawal aktiviti ini.

“Sesiapa sahaja yang memiliki aplikasi sosial sudah pasti boleh mengakses jualan aksesori seks ini dan ia termasuk kanak- kanak bawah umur,” jelasnya.

Sehubungan itu, pengadu berkata ibu bapa juga perlu mengawasi telefon bimbit anak- anak bagi mengelak mereka terjebak dalam aktiviti seks bebas.

 ??  ?? UBAT KUAT: Antara ‘ubat kuat’ yang dijual dalam aplikasi Wechat tanpa sebarang pengawasan.
UBAT KUAT: Antara ‘ubat kuat’ yang dijual dalam aplikasi Wechat tanpa sebarang pengawasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia