Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk mohon kontraktor agensi pembekal tenaga elektrik lebih bertanggun­gjawab

-

SIBU: Penduduk rumah panjang di Jalan SalimStaba­u di sini memohon k o n t r a k t o r a g e n s i pembekal tenaga elektrik lebih bertanggun­gjawab menyelengg­ara sesuatu kerja penyambung­an elektrik, wayar dan sebagainya di sesuatu kawasan berdekatan kediaman masyarakat setempat.

Ini kerana penduduk di situ bergelap kira-kira lima jam melebihi masa dari tempoh ditetapkan selain daripada bekalan elektrik terputus hingga tiga kali kelmarin.

M e n u r u t s e o r a n g penduduk, notis disiarkan dalam akhbar tempatan agensi terbabit memaklumka­n bahawa gangguan bekalan elektrik di kawasan itu bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

“Keadaan kembali normal selepas jam 5 petang seperti dimaklumka­n notis itu namun hanya beberapa minit sahaja, kemudian terputus semula.

“Selepas itu, kira- kira dua jam kemudian keadaan kembali pulih namun hanya seketika.

“Keadaan sama kembali berulang sehingga keadaan kembali pulih sepenuhnya kira-kira jam 9.35 malam,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata selepas menghubung­i agensi terbabit baharulah keadaan kembali normal seperti sedia kala.

“Kalau notis sudah memberitah­u gangguan bekalan elektrik berlaku dari satu tempoh ke satu tempoh, biarlah kerja itu disiapkan mengikut tempoh itu juga dan jangan melebihi masa.

“Difahamkan kerja-kerja penyelengg­araan selesai dilakukan kerana pekerja melakukann­ya di hadapan simpang rumah panjang kami. Jam 5 petang mereka sudahpun beredar dan bekalan elektrik putus dua ke tiga kali selepas itu,” katanya.

Disebabkan masalah itu, beliau bimbang kerana turut memberi kesan kepada penduduk lain lebih-lebih lagi sekarang peperiksaa­n UPSR sudah semakin dekat dan sudah semestinya mengganggu anak-anak belajar di rumah.

“K i t a b e r h a r a p kontraktor agensi terbabit bertanggun­gjawab serta profesiona­l agar kerja penyelengg­araan mereka tidak mengganggu penduduk.

“Mereka harus pastikan kerja dilakukan betul-betul siap dan tidak membawa kesan terputus bekalan elektrik.

“Pihak berkenaan juga harus sentiasa siap sedia di lapangan untuk menghadapi sebarang kemungkina­n susulan kerja penyelengg­araan seperti ini,” jelasnya.

Selain menghadapi kesulitan anak-anak belajar di rumah, barangan elektrik juga berisiko rosak sekiranya bekalan elektrik sering terputus.

“Kalau barangan elektrik kita rosak, mahukan pihak berkenaan menggantin­ya. J u s t e r u , k e r j a - k e r j a p e n y e l e n g g a r a a n i n i hendaklah dilakukan dengan profesiona­l serta harus dipantau kakitangan agensi terbabit,” katanya.

Beliau memohon agensi pembekal bekalan elektrik di sini memantau kerja penyelengg­araan dilakukan kontraktor dan hendaklah disiapkan mengikut notis dimaklumka­n.

“Sehingga kini kami tidak tahu apa berlaku kelmarin tetapi setelah dihubungi mereka pantas mengatasin­ya dan kita cuma mahu mereka tidak melakukan kerja susulan selepas siapnya kerja penyelengg­araan,” jelasnya.

 ??  ?? BERGELAP: Penduduk rumah panjang Jalan Salim-Stabau terpaksa bergelap lebih lama angkara kerja penyelengg­araan yang dilakukan di kawasan terbabit semalam.
BERGELAP: Penduduk rumah panjang Jalan Salim-Stabau terpaksa bergelap lebih lama angkara kerja penyelengg­araan yang dilakukan di kawasan terbabit semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia