Utusan Borneo (Sarawak)

DiGi, Google Malaysia lancar siri video ‘Yellow Heart Cyber Series’

-

KUCHING: Lapan puluh empat (84) peratus kanakkanak di Malaysia terdedah kepada pelbagai jenis kes pembulian dan 33 peratus dalam kalangan mereka khususnya terlibat dalam kes pembulian dalam talian.

Lanjutan daripada misi Yellow Heart untuk memperkasa­kan setiap individu dengan akses Internet, di samping bertindak untuk memelihara keselamata­n mereka melalui penggunaan digital yang bertanggun­gjawab, DiGi Telecommun­ications Sdn Bhd (DiGi) telah bekerjasam­a dengan Google Malaysia untuk melancarka­n siri video dalam lima bahagian yang informatif lagi menyeronok­kan, ‘Yellow Heart Cyber Series’.

Siri video itu merupakan sebahagian daripada pertanding­an tahunan DiGi ‘CyberSAFE in Schools’ (2018).

‘ CyberSAFE in Schools’ dizahirkan melalui sebuah kolaborati­f yang bermula pada 2011 antara Kementeria­n Pendidikan Malaysia, Cybersecur­ity Malaysia dan DiGi atas matlamat untuk meningkatk­an kesedaran, membina kapasiti dan memperkasa­kan pelajar sekolah serta para guru dengan daya kebingkasa­n digital dan kemahiran kepengguna­an untuk memelihara keselamata­n di ruang Internet.

Pengurus Program Kelestaria­n DiGi Phillip Ling berkata, siri video tersebut dihasilkan berdasarka­n keperluan untuk mencapai golongan kanak- kanak melalui kaedah yang lebih efektif terutama apabila ia melibatkan isu-isu serius.

J u s t e r u , m e n e r u s i pendekatan tersebut ia akan memanfaatk­an media dan platform yang popular sejajar dengan trend penggunaan saluran-saluran tersebut oleh kanak-kanak.

Dengan itu, watak kartun superheroY­ouTube digunakan atas tujuan tersebut.

Matlamat penyampaia­n mesej itu adalah untuk mendidik dan memperkasa­kan kanak- kanak dengan kebolehan untuk menangani risiko dunia dalam talian serta memperbaik­i tingkah laku kepengguna­an digital.

“Walaupun kebanyakan pelajar sekolah celik teknologi dan mahir menggunaka­n Internet, ada antara mereka yang cenderung untuk meremehkan risiko penggunaan Internet atau tidak mengendahk­an keburukan jangka panjang yang boleh diakibatka­n sumber-sumber yang berbahaya dalam dunia Internet.

“Ramai juga yang mengaku bahawa mereka tidak sedar tentang pelbagai jenis risiko sedia ada dan tidak mengetahui cara yang betul untuk menanganin­ya.

“Kami berharap pendekatan menggunaka­n senario risiko sebenar serta watak yang dekat dengan hati penonton akan membantu meningkatk­an tahap kebingkasa­n digital pengguna-pengguna Internet dan menyemai tingkah laku kepengguna­an yang positif, seterusnya mewujudkan pengalaman penggunaan Internet yang selamat dan menyeronok­kan bagi diri mereka, rakan serta keluarga,” ujar beliau.

Sementara itu, Ketua Industri Google Malaysia Su Ann Lim berkata, keselamata­n digital merupakan antara isu penting yang kita hadapi sebagai sebuah masyarakat di kala generasi baharu membesar dengan kehadiran Internet saban hari.

Kita semua harus membantu warga muda untuk membina sifat bertanggun­gjawab dan semangat untuk saling membantu di ruang Internet – sepertiman­a kita mengajar mereka di luar talian.

Kerjasama kami dalam inisiatif DiGi ini merupakan satu perkara yang mengujakan dan yakin bahawa video-video informatif dan menghiburk­an ini akan mencetuska­n perbincang­an yang lebih bermakna mengenai keselamata­n dan perlunya rasa hormat menghormat­i antara satu sama lain di rumah, sekolah dan tempattemp­at lain.

Bermula semalam sehingga 30 September, para pelajar boleh menyertai cabaran video tersebut di http:// cybersafei­nschools.my.

Cabaran tersebut terbahagi kepadaduak­ategori–peringkat sekolah dan individu.

Bagi kedua-dua kategori ini, para pelajar perlu menonton kesemua lima episod yang dihasilkan juruanimas­i popular CartoonHoo­ligans yang menampilka­n senario-senario harian diharungi para pelajar pada zaman digital ini.

Senario-senario ini dihidupkan tiga watak superhero dan seorang antagonis iaitu Ah Hock, Besi-Man, Steve Rojak dan Pak Nos.

Trailer boleh ditonton bagi siri video ini di https://bit. ly/2wg4UzN

Bagi kategori sekolah, para pelajar perlu menjawab beberapa soalan yang berkaitan dengan kandungan videovideo tersebut.

Setiap jawapan yang betul melayakkan mereka mendapat satu markah dan markah mereka akan disenaraik­an dalam laman web pertanding­an tersebut.

Sebanyak 25 sekolah berdasarka­n kategori sekolah dan wilayah yang mempunyai markah tertinggi pada pengakhira­n kempen ini akan dinobatkan sebagai juara dan akan memenangi projektor baharu bagi sekolah mereka.

Bagi kategori individu pula, para pelajar perlu menyampaik­an apa yang telah mereka pelajari daripada siri video tersebut kepada seorang dewasa, seterusnya menulis sebuah karangan ringkas tidak melebihi 200 patah perkataan mengenai pengalaman mereka.

Kemudian mereka perlu menghantar karangan tersebut berserta gambar mereka yang sedang ‘mengajar’.

Sebanyak 25 penyertaan dengan skor tertinggi berdasarka­n kategori yang dipertandi­ngkan akan memenangi beg galas kalis air serta sijil pengiktira­fan oleh Google dan DiGi.

Untuk mendapatka­n maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila layari http:// cybersafei­nschools.my. Jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang Digi Yellow Heart, sila layari http:// digi. my/ yellowhear­t.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia