Utusan Borneo (Sarawak)

75 peserta belajar cara memproses makanan dan sos

-

BINTULU: Peralihan pelaksanaa­n Cukai Barangan dan Perkhidmat­an ( GST) kepada SST di bahagian ini bermula 1 September lalu berjalan dengan lancar tanpa sebarang aduan.

Jurucakap Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Bintulu ketika dihubungi mengesahka­n pihaknya memulakan pemeriksaa­n ke atas semua premis niaga di bahagian ini sejak pelaksanaa­n SST berkuat kuasa.

“Pemeriksaa­n kami lakukan adalah bagi memastikan pelaksanaa­n SST dipatuhi sekali gus mengelakka­n p e n i a g a m e n g a m b i l kesempatan atas pelaksanaa­n SST,” katanya.

Aktiviti pemantauan harga khas dan pemeriksaa­n harga barangan dan perkhidmat­an sempena pelaksanaa­n SST ditumpukan sekitar bandar Bintulu dan diperluask­an ke kawasan pedalaman bahagian ini. SARIKEI: Seramai 75 orang peserta terdiri daripada suri rumah dan golongan bapa dari kawasan Selalang dan Kerubung di sini menghadiri Kursus Pemprosesa­n Makanan dan Sos semalam.

Program anjuran bersama Majlis Daerah Sarikei (MDS) dan MARDI Cawangan Sarikei itu berlangsun­g di Dewan Kampung Selalang di sini.

Peserta didedahkan dengan cara-cara membuat keropok lekor, nuget ikan dan pelbagai jenis sos.

Prorgam ini memberi pendedahan dan pengetahua­n kepada peserta tentang industri usahawan secara kecil-kecilan yang dapat dimanfaatk­an untuk menjana pendapatan dan memajukan diri.

Dengan menceburi bidang ini, golongan sasar ini dapat meningkatk­an pendapatan mereka.

Program ini turut berperanan membina keyakinan diri peserta agar bijak meman- faatkan segala bahan dan sumber di sekitar mereka menjadi sumber pendapatan.

Perasmian program itu disempurna­kan Timbalan Pengerusi MDS Kaunselor Awangku Ibrahim Awang Hossain.

 ??  ??
 ??  ?? BERI TUMPUAN: Beberapa peserta kursus memberi perhatian terhadap latihan dijalankan.
BERI TUMPUAN: Beberapa peserta kursus memberi perhatian terhadap latihan dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia