Utusan Borneo (Sarawak)

Kes lesbian: Jangan hina, aibkan pesalah

-

KUALA TERENGGANU: “Janganlah anggap dua pesalah wanita ini hina, orang yang buruk dan jelik kerana apabila mereka bersedia menerima hukuman ia adalah tanda telah insaf dan sedar atas kesilapan.”

Itu peringatan Hakim Syarie Kamarulazm­i Ismail susulan pelaksanaa­n hukuman enam kali sebatan di Mahkamah Tinggi Syariah Terenganu semalam ke atas dua wanita yang didapati bersalah melakukan hubungan sejenis ketika ditahan dalam sebuah kereta, April lalu.

Tegasnya, hukuman itu juga adalah berbentuk pengajaran, peringatan serta pencegahan kepada pesalah itu sendiri dan masyarakat supaya tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

“Sebatan dalam syariah bukan untuk mencederak­an, menyeksa dan mengazabka­n pesalah. Mudah- mudahan hukuman ini menjadi pengajaran dan peringatan kepada seluruh umat Islam dan memberi gambaran bagaimana hukuman syariah itu adalah satu hukuman yang berbentuk mendidik dan bukan untuk menyeksa,” katanya.

Kamalruazm­i berkata demikian pada awal prosid- ing dengan disaksikan Ketua Hakim Syarie Terengganu Wan Mohd Zakri Wan Mohd dan Hakim Kanan Syarie Terengganu Rosdi Harun serta lebih 100 orang yang berada di galeri awam.

Dua wanita itu, berusia 32 dan 22 tahun masing-masing, dihukum sebat enam kali kerana cuba melakukan hubungan seks dalam sebuah kereta di Dataran Arena Square, Dungun, pada 1.50 tengah hari 8 April lepas.

Selain itu, kedua-duanya turut didenda RM3,300 atau empat bulan penjara jika gagal menjelaska­n denda.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.

Kedua-dua tertuduh diberi peluang untuk membuat rayuan ke atas hukuman sebat itu dalam tempoh 14 hari namun tidak berbuat demikian sehinggala­h tempoh tamat.

Sementara itu, pada sidang akhbar, Pengerusi Jawatankua­sa Pelaksanaa­n Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri Satiful Bahari Mamat yang sempat menyaksika­n pelaksanaa­n hukuman itu turut memberi peringatan yang sama dan berharap tiada spekulasi negatif berkenaan kes tersebut.

Katanya, segala prosedur telah dipatuhi dan pihak Penjara Kajang serta Pengkalan Chepa, Kelantan bertanggun­gjawab melaksanak­an hukuman semalam.

Mengenai tahap ‘kekuatan sebatan’ yang dilihat berbeza ke atas setiap tertuduh, Ketua Hakim Syarie Terengganu Wan Mohd Zakri berkata, ia hanyalah pada pandangan mata kasar dan berikutan bunyi berbeza kerana pegawai penjara masih mematuhi prosedur yang ditetapkan.

“Hakikat sebenar kita tidak tahu. Berbunyi kuat tidak semestinya lebih kuat. Yang ditekankan ialah mengikut tatacara (peraturan). Tidak semestinya apa yang kita nampak itu betul,” katanya.

Antara peraturan yang ditetapkan ialah orang yang melaksanak­an sebat hendaklah menggunaka­n kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukai kulit pesalah dan bagi pesalah wanita hendaklah dilaksanak­an dalam keadaan pesalah duduk. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia