Utusan Borneo (Sarawak)

Kedua-dua tertuduh didapati bersalah melakukan hubungan sejenis

-

KUALA TERENGGANU: Kelibat seorang pegawai penjara wanita berbadan besar dan tegap memegang rotan di tangan kanan mengundang debar pada mereka yang datang menyaksika­n pelaksanaa­n hukuman ke atas dua wanita yang didapati bersalah melakukan hubungan sejenis.

Hukuman itu yang dijalankan di bilik Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di sini, semalam adalah yang pertama kali berlaku di negara ini membabitka­n kesalahan seumpamany­a dan disaksikan oleh lebih 100 orang termasuk pengamal media, keluarga dan peguam syarie.

Namun apabila hukuman telah dijalankan, baharulah mereka yang hadir sedar bahawa benarlah kata-kata Hakim Syarie Kamalruazm­i Ismail pada awal prosiding bahawa hukuman itu adalah berbentuk pengajaran dan bukannya untuk mencederak­an.

Tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku, malah ketika rotan hinggap di tubuh badan tertuduh, tiada jeritan kedengaran kerana pegawai penjara itu masih perlu mengikut peraturan yang ditetapkan iaitu menggunaka­n kekuatan sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi kepala tertuduh.

Tertuduh pertama berusia 32 tahun itu dilihat mengalirka­n air mata selepas hukuman rotan enam kali itu selesai tetapi tertuduh kedua (22 tahun) sebak seketika apabila menerima sebatan ketiga dan terpaksa dihentikan seketika sebelum menyambung tiga sebatan seterusnya.

Dua wanita itu dihukum sebat enam kali semalam kerana cuba melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Squre, Dungun, 1.50 petang pada 8 April lalu.

Selain itu kedua-duanya turut didenda RM3,300 atau empat bulan penjara, jika gagal menjelaska­n denda.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.

Kedua-dua tertuduh diberi peluang untuk membuat rayuan ke atas hukuman sebat itu dalam tempoh 14 hari namun tidak berbuat demikian sehinggala­h tempoh tamat.

Beberapa pihak turut terlibat dalam pelaksanaa­n hukuman itu, iaitu pegawai perubatan, pegawai penjara dan juga kakitangan mahkamah.

Selepas Hakim Syarie memberi kebenaran pelaksanaa­n hukuman, pegawai penjara memanggil nama tertuduh dan kemudianny­a tertuduh di bawa ke hadapan pegawai penjara untuk mengesahka­n identiti mereka seperti dalam rekod. Pegawai penjara juga bertanya kepada keduadua tertuduh, yang berbaju kurung dan bertudung putih, sama ada mereka ingin mengemukak­an rayuan terhadap hukuman itu.

Selepas pegawai perubatan mengesahka­n tahap kesihatan tertuduh dan tertuduh bersedia menerima hukuman sebat, tertuduh dibawa ke satu sudut bilik mahkamah dengan duduk di atas kerusi membelakan­gi mereka yang berada di galeri awam.

Muka tertuduh dipusing ke bahagian kanan manakala pegawai penjara yang melaksanak­an hukuman berdiri di sebelah kiri.

Hukuman rotan bagi kedua-dua tertuduh bermula jam 10.10 pagi dan secara berturut-turut dalam tempoh tidak sampai 3 minit setiap seorang. — Bernama KUALA LUMPUR: Seorang kerani, tiga anggota keluarga dan lima rakannya didakwa di tiga mahkamah berasingan di Ampang semalam atas tuduhan melakukan pecah amanah dan membantu mengalihka­n wang milik sebuah syarikat sekuriti berjumlah lebih RM6.5 juta.

Kesemua tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Suzana Hussin, Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali dan Majistret Haslinda A.Raof.

Di Mahkamah Sesyen di hadapan Suzana, V. Lavanyah, 26, kerani di syarikat sekuriti itu didakwa atas empat pertuduhan iaitu sebagai seorang pekerja Syarikat Golden Eagle Security Services Sdn Bhd yang diamanahka­n dengan wang syarikat berjumlah keseluruha­n RM3,566,682 telah melakukan pecah amanah jenayah dengan menyalahgu­nakan wang itu.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di syarikat berkenaan di Taman Pandan Perdana, di sini antara 7 Ogos 2015 dan 19 Dis 2015 mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan dengan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene menawarkan wang jaminan RM2 juta bagi kesemua pertuduhan namun mahkamah membenarka­n Lavanyah diikat jamin RM200,000 untuk semua pertuduhan dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahka­n pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 4 Okt ini untuk sebutan semula kes dan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berhampira­n kediaman pada hari Isnin pertama setiap bulan.

Di Mahkamah Majistret, di hadapan Mohamad Firdaus, bapa Lavanyah, A. Vijakumar, 56, seorang pemandu di sebuah kedutaan didakwa atas tiga pertuduhan iaitu dengan curangnya membantu mengalihka­n wang milik syarikat itu yang telah menyebabka­n S.Dev Anand, 46, pengarah syarikat sekuriti itu mengalami kerugian keseluruha­n berjumlah RM580,000.

Turut didakwa di mahkamah sama ialah tiga rakan Lavanyah iaitu R.Letchumana­n, 34, yang berdepan empat pertuduhan serupa membabitka­n kerugian RM763,700, R.Malarvilly, 29, empat pertuduhan membabitka­n kerugian RM437,226 dan J.Darshinii, 26, yang berdepan satu pertuduhan membabitka­n kerugian RM23,000.

Keempat-empat tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Hong Leong Bank, Pandan Perdana di sini antara 18 September 2015 dan 8 Januari 2018.

Kesemua pertuduhan dikemukaka­n Timbalan Pendakwa Raya Ng Wee Li mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarka­n Letchumana­n dan Malarvilly masing-masing diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi keempatemp­at pertuduhan manakala Darshinii diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Mohamad Firdaus memerintah­kan keempat-empat tertuduh menyerahka­n pasport kepada mahkamah dan menetapkan tarikh sebutan yang sama dengan kes Lavanyah.

Sementara itu, di satu lagi Mahkamah Majistret, di hadapan Haslinda, ibu Lavanyah, P. Pusparany, 53, seorang suri rumah dan adik lelaki Lavanyah, V. Lingeswara­n, 20, seorang pelajar kolej masing-masing didakwa atas empat dan dua pertuduhan serupa membabitka­n jumlah RM675,000 dan RM442,000.

Turut dituduh di mahkamah itu adalah dua lagi rakan Lavanyah iaitu Shahrim Mohammad Ibrahim, 36, yang berdepan satu pertuduhan membabitka­n kerugian RM15,500 dan K.Perumal, 61, yang didakwa atas dua pertuduhan keseluruha­n berjumlah RM50,000 yang dilakukan di Hong Leong Bank, Pandan Perdana antara 17 Oktober 2015 dan 20 Februari 2018 mengikut seksyen serupa.

Haslinda membenarka­n Pusparany diikat jamin RM240,000 bagi empat pertuduhan, Lingeswara­n RM20,000 bagi dua pertuduhan, Shahrim RM4,000 bagi satu pertuduhan dan Perumal diikat jamin RM18,000 untuk dua pertuduhan.

Kes yang dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak ditetapkan untuk sebutan semula pada 4 Oktober.

Lavanyah dan tiga anggota keluarga diwakili Peguam Kelvinder Singh Sidhu manakala lima lagi tidak diwakili peguam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIDAK MENGAKU SALAH: Hafizan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menyalahgu­nakan wang bukan miliknya pada Mac hingga April lepas.
— Gambar Bernama TIDAK MENGAKU SALAH: Hafizan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menyalahgu­nakan wang bukan miliknya pada Mac hingga April lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia