Utusan Borneo (Sarawak)

Juruteknik dipenjara lima tahun, satu sebatan, miliki sebilah pisau lipat

-

KUALA LUMPUR: Garagara memiliki sebilah pisau lipat boleh laras tanpa kebenaran pihak berkuasa, seorang juruteknik dihukum penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mohd Ridzuan Md Nawi, 32, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraa­n.

Mahkamah turut memerintah­kan bapa anak dua itu menjalani hukuman terse- but bermula pada tarikh tangkap 15 Julai lepas.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki satu pisau lipat boleh laras tanpa maksud yang sah atau mempunyai kebenaran yang sah daripada pihak berkuasa di belakang Bangunan Public Bank, Jalan Raja Laut di sini pada 7.45 malam, 15 Julai lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta BahanBahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara lima hingga 10 tahun serta sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh.

Bagaimanap­un, Mohd Ridzuan yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan ini merupakan kesalahan pertamanya dan dia perlu menanggung keluarga.

“Saya sedang menjaga ibu bapa saya yang mempunyai penyakit jantung dan darah tinggi selain perlu menjaga dua anak yang masing-masing berumur lima dan dua tahun,“katanya dalam nada sebak.

Berdasarka­n fakta kes, pada hari kejadian pihak polis telah membuat rondaan dan telah menahan tertuduh yang berada dalam keadaan mencurigak­an.

Hasil pemeriksaa­n polis telah menjumpai sebilah pisau lipat boleh laras yang berada di dalam poket kanan bahagian belakang seluar yang dipakai oleh Mohd Ridzuan.

Berikutan itu, polis telah menahan tertuduh untuk tindakan selanjutny­a. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia